Wednesday, March 10, 2010

Happy Birthday Izz Wazien!!

Semalam Izz Wazien dah genap setahun masihi...13 R/awal lepas cukup 1 tahun hijrah (sebab wazien lahir just 30 minutes after maulidurrasul..jadi mama senang ingatla kan).
Fakta tentang wazien pada usia 1 tahun...

1. Masih belum tumbuh gigi..tapi nampak macam nak tumbuh satu gigi kat bawah
2. Rambut masih kurang...abang zikri suka panggil wazien botak..ishhh nakal sungguh!
3. Dah 3 bulan pandai jalan
4. Makan banyak..terutama mashed potato KFC..satu bekas besar tu wazien mampu habiskan
5. Suka main kejar2 ngan mama...Wazien yang kejar mama..penat mama nak nyorok..huhu
6. Masih rendah lagi...baju umur 6 bulan pun muat lagi
7. Masih belum boleh panggil mama..tapi pandai pulak sebut mamam...cis..dasar kuat makan!!
8. Barang apa tak suka main baling aje..melampau sungguh!
9. Suka sangat main ngan pencils..makan2 pencils tu bukan boleh pandai pun nak oii
10. Still bf lagi..Alhamdulillah..we go next stage pulak..walaupun as told in previous post last stage sangat mencabar, tapi mama dapat lalui dengan mudah. So...next stage pulak..up to 8 months lagi (BM abang zikri pulak)

Monday, March 8, 2010

ah sebulan pun..baru nak bercerita. kenapa nak bercerita juga walau dah basi?..hmmm sebab ada yang perlu mama bagitau la..

1st February 2010..for the second time mama have to leave you guys. Leaving for two assignments in Langkawi..MBBBR and Lada Eco Tourism. As last year, mama went for 8 days. 4th year with MBBBR and second year with LET. Mama worked with other 4 assistant in MBBBR and 1 at LET (last year 3).

Although mama has lead this job for 4 years, this year baru mama dapat utilised the time to the fullest without reducing working time. Kalau dulu mama balik kerja berehat, tapi kali ni mama penuhkan masa sebaik mungkin.

Pengalaman pertama mengharungi perjalanan dengan feri selama hampir 3 jam..where we supposed arrived in 45 minutes. Petang hari pertama, mama dan colleagues naik cable car. Dah agak terlewat, tak boleh nak experienced meniti jambatan kat gunung mat cincang tu. Petang hari kedua cuma makan dan bersiar2 di Pantai Kok. Tak jauh dari Oriental Village.

Petang di hari ketiga..Rabu..we all jalan2 di Pantai Chenang. Tujuan asal cuma nak menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT semasa matahari jatuh. tiba2 mama ternampak sesuatu yang sungguh mengujakan....Parasailing!!..nampak gayat jer..tapi mama letakkan keyakinan dan kata2 semangat yang tak pernah luput dari ingatan mama..Ajal maut hanya di tangan Allah..kunfayakun..Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Melihat keagungan Allah yang masih tak seberapa itu tetap besar dan luas pada pandangan mata hambaNya yang kerdil.

Petang keempat..cuma ke Padang Matsirat..jalan2 temankan kawan mama shopping. Mama? tahun ni mama bertekad nak kurangkan shopping. So..mama tak beli apa2 pun.

Hari kelima..jumaat..mama dan kawan mama sempat masuk culinary kitchen..belajar buat croissant dengan chef murugan. (tapi sekarang mama tak cuba2 lagi..hhuuhu) seronok jugak. Siap tukar uniform lagi.dari last year mama aim nak masuk culinary kitchen tu. tapi tak sempat. Akhirnya berjaya juga..heheh. Petang tu, wazien, aura and babah sampai. As mama's request. Tak bleh nak tinggal wazien lama2. Stok EBM yang mama tinggalkan tak cukup. kebetulan pulak babah takde kelas. Wish zikri ada sekali ttp babah tak berdaya nak bawak semua sekali naik feri. Petang tu lepas fetch anak2 mama n babah, pergi pantai chenang lagi. Ingatkan nak bawak anak2 mama mandi laut..tapi panas sangat. jadi cancel la. Masa nak balik ke hotel, minyak kete pulak habis. Nasib baik ada pakcik sudi menolong. Kebetulan pakcik tu ada simpan petrol kat umah dia. Bolehla guna untuk ke PP isi minyak then ganti semula petrol pakcik tu.

Pagi sabtu, sebelum masuk keje, kami ke Pantai Kok. Bagi aura dan wazien mandi pantai sekejap. Try pelampung baru yang mama beli dekat OV tu. Tempat tu tak berapa sesuai untuk mandi..banyak rumpai laut..tapi cuma di situ jer yang sempat kan..hentam je la.

Ahad..seperti biasa jer..takde yang menarik ..kerja saja..Isnin petang balik Alor Star. Sebelum naik bot kul 5.30 tu, sempat pergi beli coklat sikit..shopping jugak ckit..tapi beli coklat jer untuk kak ngah nak bertunang, utk mak njang dan ckit stok kat umah..beli coklat pun habis lebih seratus rm..hmmm tapi still kurang lagi habit shopping tu..ngeh..ngeh..ngeh

Sampai kuala perlis, terus ke jitra umah pak long amik zikri..kesian zikri..demam rindu. tu la pasal..tak mau ikut lagi. hasilnya..seminggu zikri tak ke sekolah..cian anak mama nih

Sunday, March 7, 2010

'Aku tau sangat wan j...dalam 100 audit report tu nak jumpa satu yang betul pun susah. Mana ada orang nak bayar cukai banyak2"
kata-kata seorang kawan mama yang begitu menyentap hati. Mama diam aje mendengar dia berkata begitu. Tak kuasa mama membalas. Ada juga betul kata kawan mama tu. Susah nak jumpa yang baik hati bayar cukai kepada kerajaan. Yang paling mengecewakan lagi orang yang suka berdolak dalik untuk bayar cukai kepada kerajaan juga adalah penyokong kuat kerajaan. Ramai client mama sebegitu. Masa nak dapat kontrak dari kerajaan begitu menyanjung tinggi (kontraktor pengikut kerajaanla yg senang dapat projek pun)..bila nak bayar cukai lupa pulak kontrak yang diorang dapat tu asalnya daripada cukai yang orang ramai bayar jugak. Suka hati diorang la..

Apa yang mama nak catatkan disini ...tersentap jugak kalau orang tuduh mama mengubah laporan untuk mengurangkan cukai client. Kalau mama ubah pun mama pastikan ianya tidak menyalahi undang2. Pernah dulu dalam tahun 2007, mama sampai tidak bertegur dengan tax manager semata-mata tak mau mengubah audit report seperti yang dikehendaki. Tapi dia nak ubah juga..jadi mama serahkan pada dia saja. Seingat mama hampir setahun mama tak bertegur dengan TM tu..lagipun tak ada kepentingan untuk mama beramah mesra dengan dia pun. Apa yang mengejutkan tahun lepas, sykt tu disiasat IRB...and hasilnya...sykt tu terpaksa membayar cukai lebih setengah juta rm..fuhhh..setengah juta bukannya sedikit untuk kontraktor kat alor star nih. Lainla sykt2 besar nun..sejuta tu celah gigi jer.

Bukan satu tu jer client yang terkena..ada lagi..tapi yang lain tu takla teruk sangat. Alhamdulillah sejak kes demi kes terkena, bos pun lebih bertegas sekarang. Jadi mama pun rasa lebih selesa dengan keadaan sekarang. at least mama tak rasa bersalah dengan rezeki yang mama dapat.

Saturday, March 6, 2010

Kenangan Terindah..SERATAS

27/02 lepas mama dan auntie yanti telah pergi melawat SERATAS..ada sports day kat sana ritu. Asalnya mama cuma berjanji bertiga dengan auntie tini lagi sorang. Mama bawak zikri while auntie tini bring along her aiman.
Bertolak dari rumah opah dekat kul 10 pagi and fetched up auntie yanti kat umah dia di Taman Talang..ooo dekat je umah auntie yanti ..ishh malas la nak taip pjg2..auntie yanti - AY..auntie Tini - AT..ok..
Sampai SERATAS pukul 11 pagi..singgah R&R Bkt Gantang dulu..kesian AY tak sempat nak breakfast. AT sampai dulu dari kami. kesian AT n Aiman..jenuh tunggu kat luar sekolah tu. Sampai kat SERATAS acara sukan untuk student hampir nak tamat. tinggal 2 3 acara je lagi. sambil tu mama and aunties beramah mesra dengan cikgu2 kami dulu. sempat jumpa cikgu zuraidah and hubby ..cikgu nora, cikgu midah, mr wong, miss lee choi fun..yang lain tu x sempat pun jumpa. rindu pulak kat cikgu pariza, cikgu asmah, mr yeoh, mr chuah, cikgu rahsib..
Tak lama lepas tu datangla sorang2 uncle..pok chad, pesot, tut , kulat and yus. kami semua makan2 sambil bersembang di kantin sekolah. Lama jugakla kami bersembang. kononnya nak pergi burmese pool dengan AY terus tak jadi. lepas solat zuhur n asar di surau SERATAS, kami pergi Kuala Sepetang pulak makan mee udang. Kat sana jumpa pulak uncle mat bu. Lepas makan, kami berpatah semula ke SERATAS. Tengok football match old boys ngan student kejap, netball kejap..sempat jugak jumpa kak linda senior dorm mama dulu and super senior kak zaidad..anak arwah kawan arwah atuk dulu..jiran le jugak walaupun mama tak kenal.
Petang tu sblm balik AY ajak ke homestay kawan2 mak teh duduk..sembang2 jap..lepas maghrib baru bertolak balik umah opah. Ingat nak balik sebelum maghrib..jadi lewatla pulak. Nak wat camner..AY cheewee ngan DSLR baru dia tu..layan je la..bukan selalu pun kan..hihi. Nasib baik sempat balik dulu sebelum opah sampai.
Seronok sungguh rasanya dapat jumpa kawan2 lama. Tapi lagi seronok kalau ada mak teh, wancu dan....Miss them so much.