Sunday, September 26, 2010

What instrument to invest??

Sejak umah kat bukit merah tu tak jadi buat, mama asyik berfikir tak henti2...what is our next investment? Public mutual?? heheh..no way la..dah lama duit mama menjeruk kat public mutual..jangankan cendawan..sisa2 kulat pun tak sudi menjengah. what to say kan..bukan salah pengurusan PM tu, dah keadaan ekonomi global tak mengizinkan. Mama pun dah decide to draw the investment even rugi. sikit?? taklah sikit ruginyer...bagi mama yang sengket ni kira banyakla ruginyer tu. tapi kalau dah nama pelaburan tak mendatangkan keuntungan malah rugi jer..lebih baik mama go for another investment yang lebih baik.

So..first in list...mama now seeking for investment in gold. lama dah mama baca pasal gold nih. Actually start awal tahun ritu lagi mama dah start invest in gold. tapi masa tu masa just open account at GSPA maybank. Masa tu mama tak berani nak beli emas fizikal lagi. Kang kot tercicir kat mana2 tak pepasal rugi. Kalau hilang tercicir takpe lagi..buat nyer kot ada perompak ke pencuri ke terhidu bau emas tu tak ke naya..errr..malam tadi jiran kita kene rompak..katanya siap kene ikat tangan kaki bagai..takutnyer..nauzubillah..

Lately mama terfikir pulak nak try invest in physical gold pulak..tapi idokler mama nak simpan seniri..simpan kat bankla. kat umah takleh simpan barang2 berharga. nanti kalau masuk perompak jenuh kenyang diorang. agak2 kalau diorang nak masuk pun biar diorang balik dengan penuh penyesalan...hahaha

Back to pasal rumah pulak...harga rumah sekarang memang giler berhantu punyer mahal. Just imagine...rumah semi D yang keluasan tanah + bangunan yang jauh lebih kecik dari umah kita sekarang pun dah RM25+K. Rumah kat jitra tu baru around RM15+K jer. hah...congakla seniri berapa peratus kenaikan. melampau kan..?? yolah...kita beli pun just in a good time..just after we signed up SnP agreement, hg rumah naik mendadak..pasal?? malas la nak citer..pi kelas ekonomi la...huhu

So..apa nak ganti?? jenuh mama geledah intenet..walking blog to blog..akhirnya mama jumpa satu blog nih. blog pn Fara..http://hot-auction-property.blogspot.com/ . Mama tanya serba sedikit pasal pembelian rumah lelong..She's very generous. apa mama tanya semua dia jawab. Pendek cerita, Pn Fara telah membantu mama mendapatkan sebijik umah lelong di damansara damai at RP..alhamdulillah..skang ni tgh proses utk siapkan utk loan, transfer dsb. hmmm..malas lagi nak cerita panjang pasal umah ni..nanti dah settle baru leh cerita. Skang ni tgh fikir pasal nak pindah hujung minggu nih pulak..

Monday, September 6, 2010

Ramadhan yang penuh dugaan dan rahmat

Assalamualaikum anak2 mama sayang..

dah lama nak menaip..tapi macam biasa mama agak malas...bila time terasa rajin pulak, keadaan lain tak mengizinkan..ishhhh macam2 alasan.
where to start ah? (haa..ni la antara sebab mama malas. nak cari starting point tak jumpa2)
Ok..ok..lagi 3 hari kita puasa, masuk hari ni insyaAllah 4 hari lagi. Pastu kita akan sambut hari raya. Alhamdulillah..persiapan raya untuk sekeluarga dah hampir settle. tinggal baju mama ngan baju wazien jer tak siap otter lagi. Petang nanti abih keje mama kenela singgah umah taylor Kang tu dulu. Tema tahun ni warna oren/merah..garang gitu. hihi

Aura berpuasa...
Tahun ni adalah tahun kedua aura berpuasa. Tahun lepas, aura pose lebih banyak hari dari mama. seingat mama ada la kot 4 hari aura tak puasa. itu pun sebab baru nak blajar tahan lapar on ur first days puasa tu. Masuk hari ke4 aura dah puasa penuh..hebat kan anak mama nih!!. satu hari lagi tu sebab aura sakit kaki..jadi mama kesian tengok kasi aura makan. apa kaitan kan?? kaki vs perut..tak logik mama kasi aura makan.
So tahun ni, di hari pertama puasa aura sakit kaki jugak. aura mintak mama treat aura just like last year. aura kata.."mama buatla cam dulu..cam aura sakit tahun lepas tu".."eh..tak boleh la".."dulu boleh"..hmm..mama memang takde jawapan..sorry sayang..salah mama jugak dulu. sakit kaki patut boleh jer puasa. tak kene mengena dengan perut pun.
di tengah2 bulan ramdhan ni, suatu hari aura termakan asam boi yang mama letak dalam peti sejuk. Mama perasan masa aura nak berkumuh kat luar. mama panggil dan terus marah aura tanpa usul periksa. mama sangka aura dah buat perkara yang sama banyak kali. nangis2 mama marah sebab ingatkan mama kene tipu selama ni. kene jugak aura belasah dengan mama. huhu..sorry aura...mama memang susah nak percayakan orang, mama harap mama boleh percaya dengan anak2 mama sendiri. jadi bila mama tengok aura buat begitu sudah tentu mama sedih. lagi2 pulak dah tengah ramadhan..mama ingat aura dah selalu buat camtu ..cuma mama tak nampak..setelah diperiksa, ternyata aura tak bersalah langsung. asam boi tu zikri yang sumbat dalam mulut aura..apalagi rezeki le kan..so aura pun makan je la. pastu aura cepat2 kumuh mulut tu..pandai gak eh. dan itu juga kali pertama aura makan/minum siang. sebelum2 ni aura memang pose. maafkan mama yer sayang..mama terlalu emosional.
Kisah mama..
selalu mama letak kisah anak2 mama jer..kali ni mama nak nyibuk jugakla...sajer nak luahkan..hihi.
Mama rasa tahun ni memang tahun yang menduga kesabaran mama. Dugaan tu datang lebih hebat dalam bulan Ramadhan ni. Segala rahsia kini terbongkar. Kadang2 mama rasa sangat letih. ya..sangat letih bila mama terpaksa menyelesaikan masalah yang diciptakan oleh orang lain..sapa orang tu dan apa yang dia buat tak perlulah mama cerita kat sini. Tak baik bercerita tentang perkara tak baik orang lain. Bila mama diduga sebegitu, mama selalu ingatkan diri bahawa Allah sedang menilai mama untuk diberi pahala..takkan mama taknak pahala tu. Bila ingatkan janji Allah yang tak pernah menipu tu hati mama jadi tenang. Disinilah mama dapat menilai diri seniri..rupanya bila kita diuji, kita diangkat olehNya supaya jadi lebih kuat. Dan Allah pun tak uji kita melebihi kemampuan kita sendiri. Allah itu Maha Adil. Mama jugak nampak kelebihan mama bila terpaksa selesaikan masalah orang.. Walaupun kadang2 rasa letih, kadang2 rasa marah, kadang2 sedih..mama tetap bersyukur dengan ujian nih. banyak pengajaran yang mama dapat daripada ujian nih..apa2pun kene ingat..bila kita susah...ramaiiiiiiiiiiiiiiiii lagi yang susah.
Pada penilaian mama, apa yang dapat lebih dari apa yang menduga mama. rezeki yang mama dapat tahun ni lebih banyak dari keperitan yang mama tanggung. Dalam banyak2 yang mama terima tu, yang paling bernilai ialah ketaatan aura dalam menjalankan ibadah puasa..walaupun terbabas sehari. Tapi aura...kan lebih cantik kalau aura tak tinggal solat 5 waktu. Solat terawikh rajin sungguh pegi ek..