Sunday, December 13, 2009

belajar berjalan

last wednesday babah told mama.."wazien dah pandai melangkah setapak"..
on thursday..mama noticed wazien has go for few steps..but too fast. wahhh sungguh cepat perkembangan kamu. baru lagi minggu sudah mama cerita kamu dah pandai berdiri..and now you are learning to walk. kamu sungguh berani! mama tengok wazien sungguh berkeyakinan!!

Sunday, December 6, 2009

dah pandai berdiri..

4 hari lagi wazien dah nak masuk 9 bulan..wahhh cepatnyer masa berlalu. wazien skang dah pandai bangun sendiri. mama ingat bila dah 1o bulan nanti mungkin wazien dah boleh berjalan. dari belum bersalin lagi mama dok plan nak beli stroller..sudahnyer sampai skang tak beli2 jugak. nampaknyer mmg xkan beli langsunglah...hihi..jimat duit..

ohhh bukan itu saja..wazien skang dah pandai usik abang zikri..ish..ish..ish..nakal yer kamu. suka betul ambil botol susu abang zikri.botol sendiri tak mau pulak yer..pandai pulak abang zikri mengalah dengan adik wazien. kalau gaduh ngan abang aura asyik nak menang jer. camtu lah anak mama..sentiasa beringat kamu lebih berakal dari adik kamu.

my becoks zikri

hari ni zikri sudahpun berusia 3 tahun 3 bulan. Sejak akhir2 ni mama realized zikri mama semakin becok. Like to ask same question for several times..in other word memang suka cari perhatian.
yes..yes..yes..now i understand..dulu masa aura, mama ingat aura je yang begitu..rupa2nya it's normal for almost kids. i think this is a very good time to teach you a simple thing in life. Each time you ask me that way, you remind me of murai punya iklan (iklan raya petronas). it was about the father patiently entertain his son's question. But mama used to re-ask the same question to you.

Saturday, December 5, 2009

Projek pertama bermula....










semalam mama ngan babah pegi kemas rumah kat jitra. wazien n zikri mama tinggal kat umah mak long. Setiap kali balik jitra memang ke situlah anak2 mama. mak long sekeluarga pun rindu sangat ngan anak2 mama..dah 2 minggu tak jumpa. Oleh kerana diorang begitu eager nak jaga anak2 mama, jadi senangla mama ngan babah nak kemas umah.
Tujuan sebenar berkemas umah bersungguh2 tu sebab ada orang nak sewa...alhamdulillah..murah rezeki kita..belum pun kita promote secara rasmi projek homestay tu,dah ada orang sudi menyewa..orang itu adalah kawan babah..hikhikhik (mmgla x payah promote susah2). Kalau ikutkan memang tak cukup bersedia lagi utk disewakan. Dulu kami beria2 nak usahakan cepat2. Tiba2 rumah tu masuk air pulak bila hujan lebat..terus tergendala..buat aduan kat developer pun dah lama..tapi xde action pun..bila buat follow up katanya bila kita ada kat umah tu sila call depa..ishhhh..apa punya b*****g depa nih..ingat mama ngan babah x keje ke apa..nak tunggu kat umah tu jer. kalau tunggu situ pun belum tentu diorang ada. dahla geram ngan arkitek diorang tu..design rumah tak fikir2 ke? geram2..nasib baik sekarang ni dah tak ujan. taklah risau sangat.
Selain daripada masalah tingkap tu..mama jugak tak really prepared. Cadar yang beli tu kene otter pulak. tak muat untuk katil tu. Kalau cari yang siap kat kedai memang tak jumpa untuk saiz katil tu...maknanya pasni terpaksala mama jahit sendiri...mak aihhh..tak dapat bayangkan camner nak jahit kain besar2 gitu..pasni kene selalu practice pegang mesin jahitla..
Penat juga...ingatkan boleh settla sekejap jer..mama pulak selagi tak tinggalkan umah tu selagi tu la asyik nak sapu sampah..dari pagi sampai petang semalam entah berapa kali mama sapu sampah pun tak taula..nasib baik keje mop lantai tu babah yang buat (babah buat se round je..tak puashati pun dok diam jer)..kalau mama yang buat mesti 3 round jugak!
Hari ni kami pegi temankan kawan babah tu pegi meminang. Jumpalah dengan tetamu2 kita tu..macam2 komen dan tips diorang bagi. Terima kasih makcik2..:) antara komen2nyer:
1 - sediakanla tempat sidai baju (mentang2 kita letak mesin basuh..dia nak ampaian pulak!) - ok..ok..nanti kami sediakan
2 - curtain rail terjatuh (hmmmm..curtain tu berat sangatlah..tak sesuai guna curtain rail biasa kot)
3 - rumah tu cantik!
4 - environment kat situ pun cantik! - (betul tu makcik..memang saya sokong..kalau tak takdela saya beli umah kat situ. klu x cantik dah lama saya (memandai2) jual umah tu!!)
itu jer yang mama ingat..sebab masa sembang ngan makcik2 tu mama dah nak balik sangat. Ada kenuri opismet mama nak kene attend pulak.

Apa2 pun mama nak bagitau..pokok teratai yang mama beli dengan harga sepuluh ringgit je tu (hg biasa 3 puluh) dah mula berbunga..chiweee giler mama nengoknyer..hihihi
pokok2 lain pun hidup dengan subur..
pokok mangga dapat free dari PPK seri pantai. dah pernah berbuah sekali.
pokok hiasan (apa nama ntah - tau beli jer)
pokok buluh
dan ada lagi pokok kelapa, rambutan, limau kasturi, limau purut yang mama ngan babah tanam keliling rumah.

Nampaknya projek homestay ni dah boleh mula dah..projek2 yang lain tu macam mana pulak?

Tuesday, December 1, 2009

JANGAN jadi begini anak2ku...

Anak2 mama sayang...
tersentak hati rasanya baca email yang di'foward'kan dari kawan mama pagi ni..sanggup anak sendiri buat ibubapanya sebegitu rupa..ciss..Bacalah...jadikan ia sebagai satu sempadan dalam hidup kamu anak2ku.

Anak2 mama sayang...
Bukan wang ringgit, harta yang melimpah ruah yang mama harapkan dari kamu..cukup sekadar kasih sayang serta doa..

Ya Allah...kurniakan aku anak2 yang soleh. Jangan Kau jadikan anak2ku sebagai tuan kepadaku pada masa akan datang..ameen..

----------------------------------------

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.

Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.


-----------------------------------------------------

'Gaji saya tidak cukup'
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam diberitahu seorang pensyarah sebuah universiti dan suaminya yang sebelum ini bersetuju memenuhi beberapa tuntutan termasuk menyara nafkah sepanjang hayat ibu bapanya, pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Raja Suzana Kassim, 39, berkata pendapatan bulanannya berjumlah RM4,400 tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan menyebabkan kekurangan itu terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank termasuk pinjaman peribadi dan peruntukan gaji yang dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak-anaknya.

Menurutnya, dia memiliki tiga kereta, namun hanya sebuah masih belum selesai bayaran ansuran dengan bank.

Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh, 64, di mahkamah berkenaan pada April 2007 kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim yang juga plaintif pertama dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, di sini, sekitar Ogos 1971.

Plaintif pertama dan kedua (Fatimah) mendakwa mereka mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu dan membesarkan lapan anak termasuk defendan pertama.

Mereka turut memaklumkan defendan pertama dan kedua mendirikan rumah tangga pada 1993.

Pada 2002, plaintif pertama bersetuju untuk memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.

Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu tetapi layanan defendan begitu mengecewakan sebelum mereka diusir keluar oleh defendan pada akhir Ramadan 1425 Hijrah.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan berlaku kejadian defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Satu laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Dalam pernyataan itu turut menyebut keadaan itu menunjukkan defendan gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab member nafkah kepada plaintif iaitu nafkah furu'.

Plaintif menuntut defendan memberi nafkah sepanjang hayat dan dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru seumur hidup selain diberi kebebasan bergerak secara munasabah serta melakukan aktiviti masing-masing dalam rumah itu serta persekitaran.

Malah, plaintif turut menuntut diberi kebebasan untuk dilawati anak lain dan bersama dengan anak lain di rumah itu pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat mereka, defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya pada tahun lalu terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan mereka mendiami rumah berkenaan yang sudah dijual kepada orang lain tetapi disewa semula Raja Suzana.

Hakim Syarie Mohd Nadzri Abg Rahman menetapkan 24 Februari ini untuk membuat taksiran sama terhadap suami defendan.

-----------------------

Mama amat berharap berita ini cuma rekaan semata2....:(