Showing posts with label zikri. Show all posts
Showing posts with label zikri. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - pertama kali ke pawagam

Setelah malam kelmarin mama tak berjaya ke pawagam untuk menonton Hikayat Merong Mahawangsa, malam tadi mama, babah dan anak2 mama berjaya jugak akhirnya. Keterujaan untuk menonton HMMW setelah mendengar dengar asyiknyer kelunakan suara Anuar Zain menyanyi lagu sedetik lebih (ohhhh...kenapa anuar zain x ngorat mama dulu???)

Setelah melihatkan review beberapa orang penonton, mama rasa tak boleh nak tunggu tayangan kat astro first lagi. Tiap2 hari dok ajak babah tengok...akhirnya semalam sampai jugak..hehe. And this is the first time la anak-anak mama masuk panggung..si kecik metot yang taktau apa tu pun mama angkut gak...HMMW punya pasal..hehe

Pertama kali skrin dipasang...anak2 mama semua terpegun..diam semuanya memandang skrin yang besar gedabak tu..rasa nak je mama ambik gambar, tapi nnti apa pulak kata orang lain...darat sangatla pompuan ni..masuk panggung pun nak amik gambar..huhu..pada mulanya mama tengok zikri begitu behave...dok diam jer tengok cerita yg ditayangkan..aura?? tak abih2 tanya..kenapa bukan raja lawak jer yang ditayangkan?? haishhhh... at last..aura jugak yang tekun tengok citer tu sampai terlupa nak gi toilet. dah nak abih baru bgtau dah tak tahan nak ke toilet.

Okeh..sedikit tentang HMMW....
overall citer ni memang best..lain dari filem2 malaysia yang lain..tengok filem ni tak rasa macam tengok filem malaysia..errr...mama memang suka action movie ni..tapi kalau setakat citer mat2 rempit, mahapla mama nak tengok...jadi kalau kru menang anugerah apa2 dalam malaysia ni..orang lain tak perlu kata apa2 dah kot..tapi kalau untuk anugerah oscar..ermmm rasanya takleh nak lawan braveheartla..kutipan??? usah citerla..belum tayang kat malaysia lagi dah pulang modal dah..sbb tayang kat oversea dulu..

Mulanya nak tengok citer ni, selain orang kata best, sebab suka sangat dengan lagu sedetik lebih..errmmm..tapi..masa tayangan tu, sebaris lagu tu pun yillek..maybe muzik aje kot yang mama tak perasan..apapun mama rasa antara lagu anuar zain dengan jalan cerita filem ni memang takde kene mengena pun..huh..pandai sungguh kru memancing orang ramai dengan lagu tu jer..anyway..xde lagu tu pun mmg bestla..
Dalam best2 tu pun mama rasa ada gakla cacat cela citer tu..(pada pendapat mamala..) tak logiknyer citer tu masa stephen rahman panjat menara galah tu, pastu pihak lawan cantass dari bawah, bila jatuh, semuanya mati..termasuk yang ada kat bawah...huhu..apa hal gitu??
Mama juga agak kurang setuju, bila kaum cina yang begitu megah dengan bahasa ibundanya..tapi inang dan tuan puteri cina tu cakap bahasa inggeris..betulla diorang boleh cakap pelbagai bahasa, tapi antara kaum yang sama pun kenapa tak gunakan bahasa ibunda jer..
Semasa menyerang Geruda...mana logiknya pantulan cahaya daripada cermin boleh membakar bot2 kecil tu dan membunuh tentera Geruda?? tak pahammmmmm....
Dan akhir sekali masa ending...hero seolah2 membunuh diri selepas berjaya memusnahkan kekebalan azimat ketua Geruda...ermm..kalau dia boleh hidup lama dengan keris di perut..instead of menekan keris terus, mungkin lebih baik cabut dan tikam je si Taji tu. In fact, kalau dia yang dah tertikam tu pun boleh hidup, kenapa mudah sangat si Taji tu mati dengan saki baki keris tu (wlaupun azimat taji dah dibuang)..

Btw..inilah filem melayu pertama mama masuk pawagam...walaupun ada yang kata citer Hantu Mak Limah tu lagi best..tapi mama tetap berpendirian cite HMMW lagi best dari hantu mak limah..(adeke hantu pun boleh berbayang???) out of 5, mama kasi 3.5 star..

http://www.youtube.com/watch?v=CsvucozF5K0

Saturday, November 20, 2010

Akibat banjir

Awal November lepas, kedah perlis sekali lagi dilanda banjir. Banjir kali ni lebih teruk dari yang berlaku dalam 2005 dulu..banyak penempatan yang dulunya selamat kali ni tak selamat. Yang dulu kene sikit skang kene lebih teruk. actually masa 2005 tu mama tak tahula macam mana keadaan..tak tengok dengan mata sendiri..dengar cerita orang je. Masa tu kita cuti hantar Opah gi Mekah..tak sempat balik, mama dapat cuti free lagi. Kali ni kebetulan baru hantar Maktok gi mekah pulak..kbetulan je la pun.

Minggu banjir tu, Zikri tengah periksa akhir tahun. Dah banjir start mengganas hari selasa, so rabu ngan khamis tu terpaksa ponteng. JUmaat tu pulak, Superkid pun kene banjir gak..tak penah2 kene gak tu. Hari Ahad tu Superkid tutup utk keje2 pembersihan. Tapi hari Isnin ngan Selasa pun mama tak hantar zikri ke sekolah. Sampaila Ms Goh tepon mama hari Rabu..Mama ingatkan lepas raya korban sekolah lagi..sib baik gak Ms Goh tepon..ermm maka dengan tidak berpakaian sekolah, zikri pegi gak utk sambung periksa akhir tahun.. Sempat buat 2 paper je ritu..Chinese and Math. What a good boy!! U score 96% for those both papers..cayalah!! Tapi paper sebelum banjir tu tak tau pulak resultnyer..apakah sudah dihanyutkan oleh banjir??
Itu kisah sekolah zikri..

Aura pulak..Periksa aura dah lama berlalu. Tahun ni aura masuk kelas no 1. seperti yang mama jangka..peluang utk score top student takdele..Anyway..aura tetap cemerlang bagi mama..Aura boleh baca dengan lancar..both English and Malay..sedangkan kawan2 aura masih ada yang sangkut2 lagi. ye lah..sekolah An Najaah bukan cam sekolah lain..AnNajaah lebih pentingkan hafazan al quran. So..kalau diorang tak boleh baca dengan lancar lagi bukanla sebab diorang tak pandai..cuma kurang penekanan di situ..penekanan lebih kepada alquran. tapi sekolah lain x dapat semua tu.

Sepatutnya..hari Ihtifal sekolah Aura pada hari Sabtu minggu banjir tu..tapi terpaksa tangguh. mulanya cikgu kata lepas raya, tup tup sebelum raya pulak..minggu tu pulak kita cuti sakan seminggu lebih. Apakan daya..kita dah rancang dulu..nak cancel pun tak boleh. Tiket tak boleh ubah. Apapun kesian la kat anak mama sorang ni..penat dia berlatih menari bagai. Sib baik persembahan forum cikgu dah pass kat wan ammar (ni mama yang frust..penat anak mama menghafal, cikgu kasi orang lain pulak..huhu.) Anyway..aura tak tau pun pasal penangguhan tu..Aura ingat dah cancel sebab banjir. Kalau aura tau mesti aura frust lagi..tak boleh pegi jugak..kesiannnnyerrr

Monday, August 9, 2010

After 5 months

wahhh...lamanya tak tengok blog ni..macam sibuk sangat..dah nak masuk 5 bulan since last post. Sibuk..betulla sibuk. hari ni jer baru start takde keje..itupun maybe hari ni je.
Banyak dah yang tertinggal tentang anak2 mama..wazien hari ni dah pun setahun 5 bulan..cepatnyer masa berlalu. ok..update tentang wazien sempena umurnya genap setahun 5 bulan..
1..wazien dah asyik berlari aje..tak pandai jalan kamu yer.
2..gigi masih lagi 6 batang..4 di atas 2 di bawah..tapi suka sangat gigit mama..mama dukung pun kamu gigit jugak yer.
3..masih belum boleh bercakap..bila nangis jer kadang2 mama dengar wazien panggil mama
4..wazien sangat suka bergurau..suka tibai abang aura dan abang zikri..kadang2 mama pun kene tibai ngan wazien..lagi2 kalau mama pakai spect
5..bila mama marah wazien..wazien akan cepat2 peluk mama..then cium mama..pandai kamu bodek yer..

zikri..
1..sangat manja..asyik suruh mama dukung jer
2..kuat sangat merajuk
3..prestasi di sekolah semakin baik..mama very impressed dengan kamu masa ambil report card kat sekolah..Ms Goh asyik memuji2 zikri..Ms Goh cakap dia selalu bercerita pasal zikri pada famili dia..kamu tau sebut semua nama kawan2 chinese (tu yang Ms Goh kagum tu) Ms Goh bagitau even they chinese student also don't remember their name.
4..Zikri kenal huruf cina tu..any missing stroke zikri boleh recognize..Ms Goh kata budak2 cina seniri ramai yang masih confuse dengan stroke tu (mama??? lagi tak tau..hihi)
5..Tapi...what happen with your English? Aiyyaaa..

Aura..
1..masih cakap banyak seperti dulu
2..sudah mula pandai jaga adik..mama dah boleh harap untuk aura tidokan wazien...walaupun kadang2 fail..anyway mmg good help
3..boleh harap jugak untuk tolong mama mengemas rumah...err..zikri pun..bila setiap kali mama mintak tolong mesti akan nyanyi lagi wonderpets..good..good..very good
4..dah boleh membaca dengan lancar..bahasa melayu mahupun bahasa inggeris..tapi malas nak cakap in English
5..Your abacus teacher told me you have good logical thinking walaupun aura sangat kuat main..

hmmm..dah lama tak update..banyak sangat cerita tertinggal sampai tak tau nak cerita apa dah pasal kamu..nnti2lah pulak..:)

Tuesday, January 26, 2010

Only 7.4..ermmm alahai..

This week rasanya minggu tak sihat sekeluarga. starting from last week zikri dan wazien demam. as usual zikri selalu teruk kalu demam. Kesian sangat2 tengok zikri. 3 hari zikri tak lalu nak makan. seminggu jugak zikri didn't go to school. Ms Goh called babah. She worried about you. Sekarang ni pun still tak berapa sihat lagi. however zikri has continued his school (even doctor still not allowed u to school). Alhamdulillah tahap kesihatan semakin baik walaupun masih tak fully ok.

Wazien dah nak masuk 11 bulan pun tinggal beberapa hari lagi. tapi 6th month imunitation still tak ambil lagi. Doktor pesan ambil untuk umur setahun je nanti but jgn tinggal setahun setengah punya imunisasi. Insyaallah ..kalau mama tak kaput.huhuhu
Masa bawa wazien dan zikri ke klinik last time, sempat juga timbang wazien. huh..baru 7.4 kg sajer anak mama nih. however still above yellow line lagi. Mama tak risau pun tentang berat wazien sebab mama tau bf baby memang la tak berat. tak macam babies yang amik fm. Yang penting anak mama cergas!!

Back about zikri's school..Aiyakk..seems like starting new school pulak. tiap2 hari nangis. last 2 weeks zikri cuma nangis for 2 days jer..it's oklah..janji after mama leave for work zikri dah ok and still wishing for school tommorow. means u like school very much kan..:)

Tuesday, January 12, 2010

Schooling

Minggu ni dah masuk minggu kedua persekolahan tahun 2010..tahun ni aura dah tahun ke 3 sekolah tadika..tahun2 lepas mama memang tak berapa amik kisah tentang pelajaran aura. mama biar je. let you enjoy yourself. mama tak letakkan sasaran apa2 tentang sekolah aura sebab mama tau this is your play time lagi. let you develop while playing. mama tak mau paksa2. however mama still kagum ngan aura..walaupun aura banyak main tapi aura tetap perform kat sekolah. mid yr exam last year aura dpt no 2 dlm kelas. komen cikgu tentang aura pun sangat positif.. kalau aura lama tak datang sekolah cikgu mesti rindu. Baru2 ni mama sempat bertembung dengan cikgu aura masa 4 tahun dulu.. cikgu yani - aura selalu panggil ibu yani. cikgu yani nampak sangat rindukan aura (ye lah..sekolah aura dah pndah ke bangunan sekolah rendah..lama tak jumpa kot) cikgu yani jumpa aura terus peluk aura..begitu sekali sayangnya cikgu yani pada aura..syukur alhamdulillah..

hari ni pulak..zikri dah 3 hari ke sekolah..first day babah kene tunggu sampai habis kelas..zikri sungguh seronok..hari kedua..mama hantar zikri sampai kelas, then mama tinggal jer. zikri menangis ..satu hall dengar...hahaha . hari ketiga nih mama hantar kejap jer, then mama tinggal lagi..zikri izinkan mama pergi kerja. happy sungguh mama..masa ambil balik pun zikri nampak ceria. sabar tunggu mama ambil zikri.
tadi..zikri pesan pada mama..'esok mama pergi kerja, tinggal zikri di sekolah tau!'...hehe..teruja sungguh mama..such a good boy!!

belajar rajin2 yer sayang2 mama...

Sunday, December 6, 2009

dah pandai berdiri..

4 hari lagi wazien dah nak masuk 9 bulan..wahhh cepatnyer masa berlalu. wazien skang dah pandai bangun sendiri. mama ingat bila dah 1o bulan nanti mungkin wazien dah boleh berjalan. dari belum bersalin lagi mama dok plan nak beli stroller..sudahnyer sampai skang tak beli2 jugak. nampaknyer mmg xkan beli langsunglah...hihi..jimat duit..

ohhh bukan itu saja..wazien skang dah pandai usik abang zikri..ish..ish..ish..nakal yer kamu. suka betul ambil botol susu abang zikri.botol sendiri tak mau pulak yer..pandai pulak abang zikri mengalah dengan adik wazien. kalau gaduh ngan abang aura asyik nak menang jer. camtu lah anak mama..sentiasa beringat kamu lebih berakal dari adik kamu.

Sunday, November 22, 2009

Ku....didalam...DILEMA

Macam lagu KRU masa mama zaman muda mudi dulu pulak...tapi ni bukan dilema cintan cintun. ni dilema mana sekolah yang patut mama hantar zikri tahun depan.
Mama plan nak masukkan zikri di sekolah sekular untuk setahun dua sebelum masuk ke Tadika Annajaah. Alih2 babah bgtau cikgu aura bagi borang untuk zikri masuk Annajaah..Iskkkk..before this staff kat ofis tu kata bulan April baru Zikri boleh masuk sekolah, sekarang suruh masuk awal pulak. Hmmmm...macam mana nih?? Nanti kalau mama hantar jugak zikri ke Superkids tu nanti apa pulak kata cikgu2 kat situ. Serba salah mama dibuatnyer.
Kenapa cikgu2 annajaah tu begitu berkenan kat anak2 mama nih? huhu
So...Superkids or Annajaah?
Satu sekolah sekular totally berteraskan bahasa penjajah
Satu lagi Sekolah agama ISLAM