malam kelmarin, selepas babah, aura ngan zikri bergerak ke surau, mama terus tutup pintu. bagitau wazien cakap mama nak mandi..wazien ok jer..mainla wazien sorang2..lama jugakla mama mandi..dalam 20 minit gitu..sesekali tutup air nak dengar kot2 wazien nangis takut ke hapa..macam ok jer..
selesai mandi keluar dari bilik air terasa sunyi sepi..panggil wazien tak nyahut2..cari serata dalam rumah, bilik, dapur, bilik belakang yang jarang wazien masuk pun mama cari..tak jumpa juga. Mama tengok pintu depan terbuka..huh..macam mana wazien boleh bukak pintu tu..setahu mama wazien tak sampai lagi nak bukak pintu depan tu..MasyaAllah...sapa pulak yang amik wazien...
Mama terus masuk bilik pakai baju..then keluar cari keliling umah sambil menjerit panggil wazien.. Kepala mama masa tu dah terasa kosong..dah tak peduli apa lagi..dengar juga bunyi2 aneh dari hutan kat bukit tu..tapi masa tu mana ada perasaan takut lagi..yang mama ingat cuma wazien jer..mana wazien pegi senja2 buta begini..Mama try call henpon babah..x angkat..hmmm..babah ke surau bukannya bawak henpon pun. Rasa cam nak nangis,,airmata tak terkeluar..kaki dah terasa berat tapi demi wazien mama gagah juga melangkah.
Anggap saja aura dah pegi umah makcik sobah mengaji..tak singgah umah..tak logik pun buat2 logik..kalau takde pun at least boleh ngadu ngan jiran..mintak tolong diorang cari wazien sama. Takkan nak tunggu babah balik baru nak cari wazien kot...kang ntah kul berapa nak balik tak tahu..lagi jauh pulak wazien pegi..
sebaik mama bagi salam..
Pakcik Abrar ' haaa..budak ada kat sini.."
Mama - "budak?"
Pakcik Abrar - "Wazien...tgk sapa datang ni?"
Mama - "Ya Allah...kat sini rupanya..jenuh cari"
Jenuh mama cari..rupa-rupanya kak aina ngan kak dini yang amik wazien..aduhaiii...bagai nak luruh jantung dibuatnya..solat maghrib pun belum lagi. Mama terus amik wazien bawak balik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment