Raya korban - Aidil Adha tahun ini disambut di Kuala Kangsar. Cuti pun cuma 3 hari saja...tak sempat untuk jalan jauh2.
Hari Khamis 26hb petang kita mulakan perjalanan pulang..Info trafik memberitakan traffic jam kat tol sg dua sepanjang 20km. tu diaaa...gila punya jauh.kalu lalu ikut lebuhraya agak2 pukul berapalah boleh sampai rumah Opah. jadi kita lalu jalan biasa. Mulanya babah kata nak lalu jalan Kulim-Selama-Taiping-KK. Tiba2 terpandang signboard Grik, jadi kita melencong ikut Grik. Fuhhh..first time balik Kuala Kangsar lalu jalan nih. However..not bad..cuma beberapa puluh km je beza dari lalu ikut lebuhraya..cumanya masa utk sampai KK lewat 1 jam lebih dari biasa..oklah..kalau lalu waktu siang lagi menarik.
Raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat. Jadi ibadah korban diadakan pada hari Sabtu. Tahun ni kita tak buat korban pun..Opah jer..Jadi pagi semalam babah dan Pak Teh berjaya menonjolkan diri menolong orang masjid melapah lembu korban Opah. Sehari suntuk kita makan sup daging korban.
Yang menarik...selain sambutan Aidil Adha, kat rumah Opah sekarang ada musim buah2an tempatan. Ada durian (tinggal 2 biji je atas pokok), buah duku, rambutan, pulasan dan buah remia. Buah remia ni pakcik kat bawah tu yang bagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment