Sunday, November 22, 2009

Trip ke Jakarta - Bandung

Last week 10/11 hingga 14/11 mama, wazien dan rakan2 opis mama - Auntie Sul, Uncle Shakir, Uncle Zul dan Uncle Badar telah berangkat ke Jakarta dan bandung. Trip ini ditaja sepenuhnya (tak termasuk shopping...huhu) oleh bos mama..Tok Wan Razi. Sepatutnya Auntie Ida dan Uncle Chon ikut sekali. Tapi last minute diorang cancel atas alasan ada hal keluarga. Jadi kita berenam ajelah.
Pada mulanya mama pun berat hati juga nak pergi.. mana taknyer..kes H1N1 tak settle lagi , kes Bendera lagi. Tapi mengenangkan penat2 orang uruskan takkan mama nak kecewakan orang begitu sahaja. Tak adil kalau mama buat begitu.
Sepatutnya kita naik flight dari Alor Star ke KL pada 10/11 tu bersama2 kawan2 mama, tapi sebab babah nak balik kg di Pahang, babah hantar ke LCCT. Tepat jam 1.45 kita naik flight Air Asia (ni jer mampu..huhu) ke Jakarta. Sampai di Jakarta pukul 3.45 (2.45 waktu Indonesia). Ketibaan kita disambut oleh Pak Rudi iaitu PA kepada Ustaz Nuruddin. Pak Rudi dan Ustaz Nuruddin ni kawan bos mama. Pertama kali jejak kaki ke Jakarta. Bandar yang sangat sibuk. Jalahnya sangat sibuk..kalah KL. Nak sampai ke hotel tu pun sampai tertidur kita dibuatnya.
Oleh kerana sampai pun dah petang, kita rehat di hotel jer. Makan malam pun di hotel juga. sebab hujan tak bolehla nak keluar. Nanti demam pulak anak mama.
Esoknya 11/11 check out hotel jam 9.30 pagi. Kita terus ke Pusat beli belah Tanah Abang. dekat je dengan hotel..pegi jalan kaki pun. Kita shopping di sini sampai pukul 3.00 petang. Banyak sungguh kedai murah2. Itupun tak sempat nak tengok habis. Beli sekadar yang tersenarai di fikiran je..huhu mama tak buat shopping list...apa punya akauntan daaa..
Pukul 4 petang, kita bertolak ke Bandung melalui Bogor..lalu ikut Puncak. Kat Puncak ni macam happening jugak, tapi tak sempat singgah sebab hari sudah malam. Sampai Bandung jam 9.30 malam. Kali ini kita menginap di rumah Ibu Dede jer..di Darul Tauhid. Walaupun cuma homestay, tetapi agak selesa. Uncle2 pun senang untuk berjemaah di Masjid.
12/11 kita meneruskan percutian ke Tangkuban Perahu melalui jalan Kg Daun. Teruja sungguh mama dengan Kg Daun nih...sepanjang jalan penuh dengan nursery..kalau ikutkan hati nak jer mama beli pokok2 di situ bawak balik Malaysia..tapi..bagaimana ya? Balik dari Tangkuban Perahu kita singgah pulak di Taman Air Panas (nama apa ntah..) cantik juga tempat tu. Selepas itu kita makan tengahari di atas bukit kat warung nasi timbel. Hari ini satu hari kita menghayati panorama indah di Bandung. Nice..Sebelum pulang, kita singgah pulak di Carrefour jalan2 jer.. Malam itu wazien keletihan dan tertidur jam 8.00 mlm selepas bermain2 dengan ibu dede dan anak2nya. Malam itu juga wazien menangis sakan sebab terjaga tanpa mama disisi. Habis panik semua orang.
13/11...hari ni merupakan hari khas untuk shopping part II (part I di Jakarta tu) . Pagi tu kita tolong bukak kedai kat Rumah Mode. Ingatkan kita jer nak tolong bukak kedai..rupa2nya ramai lagi pelancong yang tunggu. Selepas rumah mode, kita ke Pasar Baru. Tempat shopping ala2 Tanah Abang..tapi di sini barang2nya jauh lebih murah. Mama cuma beli kain telekung untuk souvenir mak2 sedara wazien dan juga kain pasang utk mama dan mak njang..juga..kain utk buat baju melayu raya tahun depan...huhu melampau tak mama? okla tu..klu beli kat malaysia ni mahal..jadi mama beli siap2..so..babah x payah pening pikir pasal baju raya tahun depan sebab mama dah belikan (dengan duit yang babah bagi juga..huhu)..Tapi babah..baju raya mama x beli lagi tau..Habis shopping ingatkan nak pergi makan di Kg Daun..tapi malangnya dah terlewat..jalan jam sebab org balik kerja dan hari pulak hujan..akhirnya kita makan tengahari merangkap malam terus di rumah ibu dede.
14/11 kita check out dari rumah ibu dede pukul 4.45 pagi utk kejar flight pukul 6.15 pagi. Sampai LCCT jam 9.30 pagi. Babah jemput dan terus pulang ke rumah Opah.
Alhamdulillah...kalau orang kata susah bawak baby jalan2...mama kata ...itu anak orang..anak mama sangat baik prestasinya.Tak sia2 mama train wazien masa pregnant dulu..hiihii.what to expect from you my baby. Masa mengantuk, lapar dan waktu2 merengsakan mestilah meragam (itupun sikit jer). Orang dewasa kalau letih pun boleh muncung sedepa..terima kasih juga untuk kawan2 mama terutama Auntie Sul yang banyak membantu mama.

No comments: