Sunday, January 3, 2010

Breastfeeding

malam ni mama terbaca kisah kawan mama yg tgh bersedih sbb tak dpt support utk bf..kesian..mmg sgt kesian. mama juga turut tersentuh hati membaca kisah dia.
sungguh..nak bf anak mama ni memang menuntut pengorbanan yang sangat besar. bukan masalah duit...yang paling penting mengawal emosi.

mama pernah ditegur..walaupun mama tengah bermasalah mama tetap nampak ceria..betul tu. tapi siapa tahu sementara mama nak perbetulkan emosi mama yang tengah bermasalah tu dalam hati mama menjerit menangis. Mama usaha sebaik mungkin untuk sentiasa nampak ceria. bersembang dengan kawan2, cuba alihkan tumpuan untuk fokus pada kerja ataupun bila mama dah mati kutu mama bukak laman sosial fesbuk. dan yang paling penting minum air banyak2. Kadang- kadang mama sendiri tak tau berapa liter air mama minum. Alhamdulillah ..resah hati mama akan berkurangan.

Mama tak letakkan sasaran terus 2 tahun untuk bf wazien...semuanya mama serah kepada Allah kerana rezeki ini datang dariNya. Tapi mama tetap akan terus berusaha sedaya mampu mama. Alhamdulillah stage pertama penyusuan yang mama target untuk bf selama 7 bulan (mama guna benchmark aura) tercapai tanpa sebarang makanan tambahan kecuali air kurma. Sasaran kedua mama sampai umur setahun pulak..sekarang ni wazien dah nak masuk 10 bulan.

stage kedua ni lebih mencabar dari stage pertama. Dalam stage ni mama dah mula meninggalkan wazien. wazien pun dah mula makan solid food. jadi milkflow mama dah semakin berkurangan. dlm stage ni mama mula rasa stress pasal susu tambah lagi kalau stress pasal hal2 lain, lagilah susu semakin kurang. pernah juga bila terlalu tension mama balik dengan tangan kosong..masa tu memang sangat2 sedih. sedih tak berusaha untuk rezeki wazien. tapi mama tak saat2 begitu mama takboleh memaksa diri. kalau tidak..mama akan jadi semakin stress!!

Dalam stage kedua ni jugak mama dah tertewas..mama terpaksa bagi fm sikit sebagai tambahan. setakat ni satu tin kecik susu mama dah buka..mama harap itulah yang pertama dan terakhir sampai habis target mama nih dan sampai bila2 kalau boleh. Actually mama tak ambik pot pun apa jadi pada setin susu tu.

Aisehhh..tak lama lagi mama kene tinggalkan wazien lagi. kali ni seminggu pulak..mama dah mula risau. stok ebm tak cukup lagi nih. nampaknyer mama kene lebihkan usaha. Mama harap Allah akan permudahkan rezeki kita...ameenn..

No comments: