Sekarang ni orang dok kecoh dengan isu penggunaan nama Allah oleh penganut2 kristian. Isu yang sepatutnya bagi mama taklah besar mana sangat pun tetapi dah diberatkan oleh segelintir manusia (orang islamkah itu?) yang membuat onar terhadap gereja2 di serata negara. Tiba2 pulak mama rasa bimbang dengan keadaan semasa nih. Mana taknyer..mama sekolahkan zikri di superkids..sekolah yang menggunakan bahasa pengantar mandarin dan bahasa inggeris sebagai pembelajaran di sekolah yang dipelopori oleh kaum2 cina beragama kristian! Risau jugak kalau terjadi apa2 yang tidak diingini di sekolah tu.
kenapa mama hantar zikri di superkids sedangkan aura mama hantar belajar di An Najaah?..nanti akan mama ulaskan dlm next post..anak2 mama wajib tau nih..bukan saja2 mama letak kamu berdua di sekolah yang berasingan..
Tentang isu penggunaan nama Allah...pendapat peribadi mama kuat mengatakan..apa salahnyer diorang nak guna nama tuhan diorang Allah? Dalam surah Al-Ikhlas ayat kedua bermaksud "Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat"..ayat ini dah terang bahawa Allah itu satu untuk seluruh makhluk termasuk penganut-penganut agama lain. Jadi tak perlulah bergaduh2 hanya kerana sememangnya kita berkongsi tuhan (ya...kita jelas Allah itu satu - tak macam agama lain yang ada byk tuhan).
Apa yang menjadi isu utk larangan ini sebenarnya takut akan mengelirukan orang islam. mmmm..keliru? apa yang nak dikelirukan..baru2 ni mama ada terima email..kat gereja ada tulis besar2..Allah itu kasih..Anak2 ku..jgn keliru..sebab Allah kita Maha Pengasih
Cuma pendapat peribadi..
dah lama tulis tapi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment