Tuesday, October 12, 2010

Dinar dan emas

Huwaaaa...xleh nak tido la pulak..sakit kepala dah nii. esok ada kem bina semangat sempena menggantikan ketiadaan bekalan elektrik kat opis mama.

Oklah..sempena melayan mata yang tak mau lelap ni, mama nak cerita ceriti pasal investment yang mama kecoh di entry lepas.. setelah setengah tahun mama study pasal emas fizikal, akhirnya mama telah menjebakkan diri dalam pelaburan emas fizikal pulak. Setelah hampir setiap hari mama bukak website en amir, bulan lepas mama telah meng'add' tuan website ni dalam frenlist facebook mama. ermmm..mama sangat memilih kawan2 di FB. not as simply as 1 click jer mama akan approve org..apalagi utk mama seniri yang add orang. orang2 yang tak kenal cuma yang berkepentingan jer yang mama sudi add..huh..bunyi cam sombong kan?? ohhh..mestilah kene sombong..

Setelah bersoal jawab ngan en amir dan juga membuat beberapa draf plan pelaburan, akhirnya mama telah memesan seketul emas ngan beliau. Masa mama pesan tu harganya kira boleh tahan murah lagi..lepas je mama lock harga, harga naik dan tak turun2 dah macam tu...malangnya mama terlupa nak lock dinar utk convert duit raya anak2 mama. Jadi mama lock harga dinar tinggi sikit,.nasibla en amir sudi bagi harga diskaun :) . Setelah seminggu memesan, last saturday night mama, babah ngan wazien berjumpala ngan en amir nih kat RnR Gurun. masa tu dah pukul 10.30 lebih. aura ngan zikri tgh tido dalam kete. huh..macam urusniaga pasaran gelap pun ada. bayar cepat2, then amik barang cepat2...takut kalau2 ada orang tengok...almaklumlah..en amir bukannye bawak sekeping dua hat kita je, banyak lagi keping dalam kotak emas dia. Kalau ada orang ikut tak ke naya..alhamdulillah..aktiviti malam tu semuanya selamat.

Setakat ni, emas2 tu masih dalam simpanan mama...InsyaAllah kalau free sikit nanti mama akan buat seperti dalam draft plan yang mama sendiri buat. Babah approve aje :) - macam gila kuasa pulak mama nih..isk..isk..isk..Plan tu nanti bila berjaya baru mama story. mama kene tanya itu ini ngan bank dulu.

hmm..bateri notebook pun dah nak abih..mama tak bawak balik charger la pulak..tengok ajelah gambo emas tu..pasni xleh tengok dah..mama nak gi simpan kat bank.

Yang bulat tu adalah rupa duit raya anak2 mama. Kali ni punya duit raya mama tak masuk tabung haji macam selalu. Jadi bermula tahun ni, akaun tabung haji tu hanyalah duit yang mama tolak gaji tiap2 bulan.

errr..aura kata nak kumpul dinar ni banyak2 sampai boleh beli kete utk mama kan..:)

2 comments:

YatieJay said...

Menarik gak ye pelaburan mas ni. Memang mas so far sentiasa naik, kan? Apakata che wan buat lagi entry pasal pelaburan mas ni dgn lebih detailed. Sharing is caring, kan? ; )

izzwan said...

InsyaAllah Yatie..Idea tu ada cuma bab olahan tu fail sket..hihi