Showing posts with label investment. Show all posts
Showing posts with label investment. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Dinar dan emas

Huwaaaa...xleh nak tido la pulak..sakit kepala dah nii. esok ada kem bina semangat sempena menggantikan ketiadaan bekalan elektrik kat opis mama.

Oklah..sempena melayan mata yang tak mau lelap ni, mama nak cerita ceriti pasal investment yang mama kecoh di entry lepas.. setelah setengah tahun mama study pasal emas fizikal, akhirnya mama telah menjebakkan diri dalam pelaburan emas fizikal pulak. Setelah hampir setiap hari mama bukak website en amir, bulan lepas mama telah meng'add' tuan website ni dalam frenlist facebook mama. ermmm..mama sangat memilih kawan2 di FB. not as simply as 1 click jer mama akan approve org..apalagi utk mama seniri yang add orang. orang2 yang tak kenal cuma yang berkepentingan jer yang mama sudi add..huh..bunyi cam sombong kan?? ohhh..mestilah kene sombong..

Setelah bersoal jawab ngan en amir dan juga membuat beberapa draf plan pelaburan, akhirnya mama telah memesan seketul emas ngan beliau. Masa mama pesan tu harganya kira boleh tahan murah lagi..lepas je mama lock harga, harga naik dan tak turun2 dah macam tu...malangnya mama terlupa nak lock dinar utk convert duit raya anak2 mama. Jadi mama lock harga dinar tinggi sikit,.nasibla en amir sudi bagi harga diskaun :) . Setelah seminggu memesan, last saturday night mama, babah ngan wazien berjumpala ngan en amir nih kat RnR Gurun. masa tu dah pukul 10.30 lebih. aura ngan zikri tgh tido dalam kete. huh..macam urusniaga pasaran gelap pun ada. bayar cepat2, then amik barang cepat2...takut kalau2 ada orang tengok...almaklumlah..en amir bukannye bawak sekeping dua hat kita je, banyak lagi keping dalam kotak emas dia. Kalau ada orang ikut tak ke naya..alhamdulillah..aktiviti malam tu semuanya selamat.

Setakat ni, emas2 tu masih dalam simpanan mama...InsyaAllah kalau free sikit nanti mama akan buat seperti dalam draft plan yang mama sendiri buat. Babah approve aje :) - macam gila kuasa pulak mama nih..isk..isk..isk..Plan tu nanti bila berjaya baru mama story. mama kene tanya itu ini ngan bank dulu.

hmm..bateri notebook pun dah nak abih..mama tak bawak balik charger la pulak..tengok ajelah gambo emas tu..pasni xleh tengok dah..mama nak gi simpan kat bank.

Yang bulat tu adalah rupa duit raya anak2 mama. Kali ni punya duit raya mama tak masuk tabung haji macam selalu. Jadi bermula tahun ni, akaun tabung haji tu hanyalah duit yang mama tolak gaji tiap2 bulan.

errr..aura kata nak kumpul dinar ni banyak2 sampai boleh beli kete utk mama kan..:)

Sunday, September 26, 2010

What instrument to invest??

Sejak umah kat bukit merah tu tak jadi buat, mama asyik berfikir tak henti2...what is our next investment? Public mutual?? heheh..no way la..dah lama duit mama menjeruk kat public mutual..jangankan cendawan..sisa2 kulat pun tak sudi menjengah. what to say kan..bukan salah pengurusan PM tu, dah keadaan ekonomi global tak mengizinkan. Mama pun dah decide to draw the investment even rugi. sikit?? taklah sikit ruginyer...bagi mama yang sengket ni kira banyakla ruginyer tu. tapi kalau dah nama pelaburan tak mendatangkan keuntungan malah rugi jer..lebih baik mama go for another investment yang lebih baik.

So..first in list...mama now seeking for investment in gold. lama dah mama baca pasal gold nih. Actually start awal tahun ritu lagi mama dah start invest in gold. tapi masa tu masa just open account at GSPA maybank. Masa tu mama tak berani nak beli emas fizikal lagi. Kang kot tercicir kat mana2 tak pepasal rugi. Kalau hilang tercicir takpe lagi..buat nyer kot ada perompak ke pencuri ke terhidu bau emas tu tak ke naya..errr..malam tadi jiran kita kene rompak..katanya siap kene ikat tangan kaki bagai..takutnyer..nauzubillah..

Lately mama terfikir pulak nak try invest in physical gold pulak..tapi idokler mama nak simpan seniri..simpan kat bankla. kat umah takleh simpan barang2 berharga. nanti kalau masuk perompak jenuh kenyang diorang. agak2 kalau diorang nak masuk pun biar diorang balik dengan penuh penyesalan...hahaha

Back to pasal rumah pulak...harga rumah sekarang memang giler berhantu punyer mahal. Just imagine...rumah semi D yang keluasan tanah + bangunan yang jauh lebih kecik dari umah kita sekarang pun dah RM25+K. Rumah kat jitra tu baru around RM15+K jer. hah...congakla seniri berapa peratus kenaikan. melampau kan..?? yolah...kita beli pun just in a good time..just after we signed up SnP agreement, hg rumah naik mendadak..pasal?? malas la nak citer..pi kelas ekonomi la...huhu

So..apa nak ganti?? jenuh mama geledah intenet..walking blog to blog..akhirnya mama jumpa satu blog nih. blog pn Fara..http://hot-auction-property.blogspot.com/ . Mama tanya serba sedikit pasal pembelian rumah lelong..She's very generous. apa mama tanya semua dia jawab. Pendek cerita, Pn Fara telah membantu mama mendapatkan sebijik umah lelong di damansara damai at RP..alhamdulillah..skang ni tgh proses utk siapkan utk loan, transfer dsb. hmmm..malas lagi nak cerita panjang pasal umah ni..nanti dah settle baru leh cerita. Skang ni tgh fikir pasal nak pindah hujung minggu nih pulak..