Saturday, November 20, 2010

Akibat banjir

Awal November lepas, kedah perlis sekali lagi dilanda banjir. Banjir kali ni lebih teruk dari yang berlaku dalam 2005 dulu..banyak penempatan yang dulunya selamat kali ni tak selamat. Yang dulu kene sikit skang kene lebih teruk. actually masa 2005 tu mama tak tahula macam mana keadaan..tak tengok dengan mata sendiri..dengar cerita orang je. Masa tu kita cuti hantar Opah gi Mekah..tak sempat balik, mama dapat cuti free lagi. Kali ni kebetulan baru hantar Maktok gi mekah pulak..kbetulan je la pun.

Minggu banjir tu, Zikri tengah periksa akhir tahun. Dah banjir start mengganas hari selasa, so rabu ngan khamis tu terpaksa ponteng. JUmaat tu pulak, Superkid pun kene banjir gak..tak penah2 kene gak tu. Hari Ahad tu Superkid tutup utk keje2 pembersihan. Tapi hari Isnin ngan Selasa pun mama tak hantar zikri ke sekolah. Sampaila Ms Goh tepon mama hari Rabu..Mama ingatkan lepas raya korban sekolah lagi..sib baik gak Ms Goh tepon..ermm maka dengan tidak berpakaian sekolah, zikri pegi gak utk sambung periksa akhir tahun.. Sempat buat 2 paper je ritu..Chinese and Math. What a good boy!! U score 96% for those both papers..cayalah!! Tapi paper sebelum banjir tu tak tau pulak resultnyer..apakah sudah dihanyutkan oleh banjir??
Itu kisah sekolah zikri..

Aura pulak..Periksa aura dah lama berlalu. Tahun ni aura masuk kelas no 1. seperti yang mama jangka..peluang utk score top student takdele..Anyway..aura tetap cemerlang bagi mama..Aura boleh baca dengan lancar..both English and Malay..sedangkan kawan2 aura masih ada yang sangkut2 lagi. ye lah..sekolah An Najaah bukan cam sekolah lain..AnNajaah lebih pentingkan hafazan al quran. So..kalau diorang tak boleh baca dengan lancar lagi bukanla sebab diorang tak pandai..cuma kurang penekanan di situ..penekanan lebih kepada alquran. tapi sekolah lain x dapat semua tu.

Sepatutnya..hari Ihtifal sekolah Aura pada hari Sabtu minggu banjir tu..tapi terpaksa tangguh. mulanya cikgu kata lepas raya, tup tup sebelum raya pulak..minggu tu pulak kita cuti sakan seminggu lebih. Apakan daya..kita dah rancang dulu..nak cancel pun tak boleh. Tiket tak boleh ubah. Apapun kesian la kat anak mama sorang ni..penat dia berlatih menari bagai. Sib baik persembahan forum cikgu dah pass kat wan ammar (ni mama yang frust..penat anak mama menghafal, cikgu kasi orang lain pulak..huhu.) Anyway..aura tak tau pun pasal penangguhan tu..Aura ingat dah cancel sebab banjir. Kalau aura tau mesti aura frust lagi..tak boleh pegi jugak..kesiannnnyerrr

No comments: