Setelah malam kelmarin mama tak berjaya ke pawagam untuk menonton Hikayat Merong Mahawangsa, malam tadi mama, babah dan anak2 mama berjaya jugak akhirnya. Keterujaan untuk menonton HMMW setelah mendengar dengar asyiknyer kelunakan suara Anuar Zain menyanyi lagu sedetik lebih (ohhhh...kenapa anuar zain x ngorat mama dulu???)
Setelah melihatkan review beberapa orang penonton, mama rasa tak boleh nak tunggu tayangan kat astro first lagi. Tiap2 hari dok ajak babah tengok...akhirnya semalam sampai jugak..hehe. And this is the first time la anak-anak mama masuk panggung..si kecik metot yang taktau apa tu pun mama angkut gak...HMMW punya pasal..hehe
Pertama kali skrin dipasang...anak2 mama semua terpegun..diam semuanya memandang skrin yang besar gedabak tu..rasa nak je mama ambik gambar, tapi nnti apa pulak kata orang lain...darat sangatla pompuan ni..masuk panggung pun nak amik gambar..huhu..pada mulanya mama tengok zikri begitu behave...dok diam jer tengok cerita yg ditayangkan..aura?? tak abih2 tanya..kenapa bukan raja lawak jer yang ditayangkan?? haishhhh... at last..aura jugak yang tekun tengok citer tu sampai terlupa nak gi toilet. dah nak abih baru bgtau dah tak tahan nak ke toilet.
Okeh..sedikit tentang HMMW....
overall citer ni memang best..lain dari filem2 malaysia yang lain..tengok filem ni tak rasa macam tengok filem malaysia..errr...mama memang suka action movie ni..tapi kalau setakat citer mat2 rempit, mahapla mama nak tengok...jadi kalau kru menang anugerah apa2 dalam malaysia ni..orang lain tak perlu kata apa2 dah kot..tapi kalau untuk anugerah oscar..ermmm rasanya takleh nak lawan braveheartla..kutipan??? usah citerla..belum tayang kat malaysia lagi dah pulang modal dah..sbb tayang kat oversea dulu..
Mulanya nak tengok citer ni, selain orang kata best, sebab suka sangat dengan lagu sedetik lebih..errmmm..tapi..masa tayangan tu, sebaris lagu tu pun yillek..maybe muzik aje kot yang mama tak perasan..apapun mama rasa antara lagu anuar zain dengan jalan cerita filem ni memang takde kene mengena pun..huh..pandai sungguh kru memancing orang ramai dengan lagu tu jer..anyway..xde lagu tu pun mmg bestla..
Dalam best2 tu pun mama rasa ada gakla cacat cela citer tu..(pada pendapat mamala..) tak logiknyer citer tu masa stephen rahman panjat menara galah tu, pastu pihak lawan cantass dari bawah, bila jatuh, semuanya mati..termasuk yang ada kat bawah...huhu..apa hal gitu??
Mama juga agak kurang setuju, bila kaum cina yang begitu megah dengan bahasa ibundanya..tapi inang dan tuan puteri cina tu cakap bahasa inggeris..betulla diorang boleh cakap pelbagai bahasa, tapi antara kaum yang sama pun kenapa tak gunakan bahasa ibunda jer..
Semasa menyerang Geruda...mana logiknya pantulan cahaya daripada cermin boleh membakar bot2 kecil tu dan membunuh tentera Geruda?? tak pahammmmmm....
Dan akhir sekali masa ending...hero seolah2 membunuh diri selepas berjaya memusnahkan kekebalan azimat ketua Geruda...ermm..kalau dia boleh hidup lama dengan keris di perut..instead of menekan keris terus, mungkin lebih baik cabut dan tikam je si Taji tu. In fact, kalau dia yang dah tertikam tu pun boleh hidup, kenapa mudah sangat si Taji tu mati dengan saki baki keris tu (wlaupun azimat taji dah dibuang)..
Btw..inilah filem melayu pertama mama masuk pawagam...walaupun ada yang kata citer Hantu Mak Limah tu lagi best..tapi mama tetap berpendirian cite HMMW lagi best dari hantu mak limah..(adeke hantu pun boleh berbayang???) out of 5, mama kasi 3.5 star..
http://www.youtube.com/watch?v=CsvucozF5K0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku nak gi tgk tapi hsbnd aku ckp ade review ckp tak bape best.. tapi so far,sume yg aku baca sume best jek.. ade gak aku gi tgk movie sorang2 nih..heheheh
as usual ada la cacat celanya..tapi bg aku cerita ni lain dari yang lain..
jemula skang ni asyik dengan citer seram jer..wayang citer seram, tv pun sama...pastu hantu stereotype pulak tu..
Post a Comment