Sunday, November 29, 2009

Aidil Adha 2009

Raya korban - Aidil Adha tahun ini disambut di Kuala Kangsar. Cuti pun cuma 3 hari saja...tak sempat untuk jalan jauh2.
Hari Khamis 26hb petang kita mulakan perjalanan pulang..Info trafik memberitakan traffic jam kat tol sg dua sepanjang 20km. tu diaaa...gila punya jauh.kalu lalu ikut lebuhraya agak2 pukul berapalah boleh sampai rumah Opah. jadi kita lalu jalan biasa. Mulanya babah kata nak lalu jalan Kulim-Selama-Taiping-KK. Tiba2 terpandang signboard Grik, jadi kita melencong ikut Grik. Fuhhh..first time balik Kuala Kangsar lalu jalan nih. However..not bad..cuma beberapa puluh km je beza dari lalu ikut lebuhraya..cumanya masa utk sampai KK lewat 1 jam lebih dari biasa..oklah..kalau lalu waktu siang lagi menarik.
Raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat. Jadi ibadah korban diadakan pada hari Sabtu. Tahun ni kita tak buat korban pun..Opah jer..Jadi pagi semalam babah dan Pak Teh berjaya menonjolkan diri menolong orang masjid melapah lembu korban Opah. Sehari suntuk kita makan sup daging korban.
Yang menarik...selain sambutan Aidil Adha, kat rumah Opah sekarang ada musim buah2an tempatan. Ada durian (tinggal 2 biji je atas pokok), buah duku, rambutan, pulasan dan buah remia. Buah remia ni pakcik kat bawah tu yang bagi.

Sunday, November 22, 2009

Trip ke Jakarta - Bandung

Last week 10/11 hingga 14/11 mama, wazien dan rakan2 opis mama - Auntie Sul, Uncle Shakir, Uncle Zul dan Uncle Badar telah berangkat ke Jakarta dan bandung. Trip ini ditaja sepenuhnya (tak termasuk shopping...huhu) oleh bos mama..Tok Wan Razi. Sepatutnya Auntie Ida dan Uncle Chon ikut sekali. Tapi last minute diorang cancel atas alasan ada hal keluarga. Jadi kita berenam ajelah.
Pada mulanya mama pun berat hati juga nak pergi.. mana taknyer..kes H1N1 tak settle lagi , kes Bendera lagi. Tapi mengenangkan penat2 orang uruskan takkan mama nak kecewakan orang begitu sahaja. Tak adil kalau mama buat begitu.
Sepatutnya kita naik flight dari Alor Star ke KL pada 10/11 tu bersama2 kawan2 mama, tapi sebab babah nak balik kg di Pahang, babah hantar ke LCCT. Tepat jam 1.45 kita naik flight Air Asia (ni jer mampu..huhu) ke Jakarta. Sampai di Jakarta pukul 3.45 (2.45 waktu Indonesia). Ketibaan kita disambut oleh Pak Rudi iaitu PA kepada Ustaz Nuruddin. Pak Rudi dan Ustaz Nuruddin ni kawan bos mama. Pertama kali jejak kaki ke Jakarta. Bandar yang sangat sibuk. Jalahnya sangat sibuk..kalah KL. Nak sampai ke hotel tu pun sampai tertidur kita dibuatnya.
Oleh kerana sampai pun dah petang, kita rehat di hotel jer. Makan malam pun di hotel juga. sebab hujan tak bolehla nak keluar. Nanti demam pulak anak mama.
Esoknya 11/11 check out hotel jam 9.30 pagi. Kita terus ke Pusat beli belah Tanah Abang. dekat je dengan hotel..pegi jalan kaki pun. Kita shopping di sini sampai pukul 3.00 petang. Banyak sungguh kedai murah2. Itupun tak sempat nak tengok habis. Beli sekadar yang tersenarai di fikiran je..huhu mama tak buat shopping list...apa punya akauntan daaa..
Pukul 4 petang, kita bertolak ke Bandung melalui Bogor..lalu ikut Puncak. Kat Puncak ni macam happening jugak, tapi tak sempat singgah sebab hari sudah malam. Sampai Bandung jam 9.30 malam. Kali ini kita menginap di rumah Ibu Dede jer..di Darul Tauhid. Walaupun cuma homestay, tetapi agak selesa. Uncle2 pun senang untuk berjemaah di Masjid.
12/11 kita meneruskan percutian ke Tangkuban Perahu melalui jalan Kg Daun. Teruja sungguh mama dengan Kg Daun nih...sepanjang jalan penuh dengan nursery..kalau ikutkan hati nak jer mama beli pokok2 di situ bawak balik Malaysia..tapi..bagaimana ya? Balik dari Tangkuban Perahu kita singgah pulak di Taman Air Panas (nama apa ntah..) cantik juga tempat tu. Selepas itu kita makan tengahari di atas bukit kat warung nasi timbel. Hari ini satu hari kita menghayati panorama indah di Bandung. Nice..Sebelum pulang, kita singgah pulak di Carrefour jalan2 jer.. Malam itu wazien keletihan dan tertidur jam 8.00 mlm selepas bermain2 dengan ibu dede dan anak2nya. Malam itu juga wazien menangis sakan sebab terjaga tanpa mama disisi. Habis panik semua orang.
13/11...hari ni merupakan hari khas untuk shopping part II (part I di Jakarta tu) . Pagi tu kita tolong bukak kedai kat Rumah Mode. Ingatkan kita jer nak tolong bukak kedai..rupa2nya ramai lagi pelancong yang tunggu. Selepas rumah mode, kita ke Pasar Baru. Tempat shopping ala2 Tanah Abang..tapi di sini barang2nya jauh lebih murah. Mama cuma beli kain telekung untuk souvenir mak2 sedara wazien dan juga kain pasang utk mama dan mak njang..juga..kain utk buat baju melayu raya tahun depan...huhu melampau tak mama? okla tu..klu beli kat malaysia ni mahal..jadi mama beli siap2..so..babah x payah pening pikir pasal baju raya tahun depan sebab mama dah belikan (dengan duit yang babah bagi juga..huhu)..Tapi babah..baju raya mama x beli lagi tau..Habis shopping ingatkan nak pergi makan di Kg Daun..tapi malangnya dah terlewat..jalan jam sebab org balik kerja dan hari pulak hujan..akhirnya kita makan tengahari merangkap malam terus di rumah ibu dede.
14/11 kita check out dari rumah ibu dede pukul 4.45 pagi utk kejar flight pukul 6.15 pagi. Sampai LCCT jam 9.30 pagi. Babah jemput dan terus pulang ke rumah Opah.
Alhamdulillah...kalau orang kata susah bawak baby jalan2...mama kata ...itu anak orang..anak mama sangat baik prestasinya.Tak sia2 mama train wazien masa pregnant dulu..hiihii.what to expect from you my baby. Masa mengantuk, lapar dan waktu2 merengsakan mestilah meragam (itupun sikit jer). Orang dewasa kalau letih pun boleh muncung sedepa..terima kasih juga untuk kawan2 mama terutama Auntie Sul yang banyak membantu mama.

Ku....didalam...DILEMA

Macam lagu KRU masa mama zaman muda mudi dulu pulak...tapi ni bukan dilema cintan cintun. ni dilema mana sekolah yang patut mama hantar zikri tahun depan.
Mama plan nak masukkan zikri di sekolah sekular untuk setahun dua sebelum masuk ke Tadika Annajaah. Alih2 babah bgtau cikgu aura bagi borang untuk zikri masuk Annajaah..Iskkkk..before this staff kat ofis tu kata bulan April baru Zikri boleh masuk sekolah, sekarang suruh masuk awal pulak. Hmmmm...macam mana nih?? Nanti kalau mama hantar jugak zikri ke Superkids tu nanti apa pulak kata cikgu2 kat situ. Serba salah mama dibuatnyer.
Kenapa cikgu2 annajaah tu begitu berkenan kat anak2 mama nih? huhu
So...Superkids or Annajaah?
Satu sekolah sekular totally berteraskan bahasa penjajah
Satu lagi Sekolah agama ISLAM

Sunday, November 8, 2009

Aura - part 1

Mama start kisah anak2 mama dengan Aura dulu. Hari ni aura dah pun 5 tahun 6 bulan..kalau nak ceritakan satu2 kisah aura membesar..jenuh mama. banyak dah yang mama lupa. Aiyooo..5 tahun bukannyer sekejap..lama dah tu.nampaknyer mama kenelah buat summary kisah aura part by part. So toninght will be first part. first year of izz aura.

how to start eh?

Aura..start kisah dalam perut la yer..dulu masa mama mengandungkan aura, aura memang aktif..suka tendang menendang mama sampai senak mama dibuatnyer. Ingat lagi masa aura 7 bulan dalam perut mama...mama merungut sbb aura tendang kuat sangat..satu hari suntuk aura merajuk..dok diam2 jer. panik mama dibuatnyer. Elok mama ajak babah gi klinik utk cek, aura pun kembali bergerak..syukur sangat masa tu.

Pada 16.04.2004 pagi jumaat dah start turun tanda untuk aura lahir. Masa tu kita dok umah sewa kat Taman Suria..dekat sangat ngan hospital jitra. Jadi pagi tu babah hantar mama gi hospital jitra tu..misi cek2, mama pun kene tahan. Petang tu Tok dan Tok Wan datang melawat dari Chuping..terharu sungguh mama ngan Tok dan Tok Wan nih..walaupun cuma keluarga angkat babah masa program di UUM dulu, tapi sampai sekarang layan kita macam anak dia seniri. Tok bawakan mama mempelam ngan garam belacan..kelakar pulak rasanya..dah nak bersalin pun Tok sempat bagi mama makan asam lagi..Tok tau sangat jajan kegemaran mama tu. Tok tegur mama..dia kata perut mama sejuk jer..hmmm ini kot yang org kata sejuk perut ibu mengandung..masa tu mama cuma berharap anak mama jadi insan yang soleh..bagai org kata gitu..hihi

Petang tu perut mama dah start sakit2..malam tu sakit semakin menjadi2. tak tido mama dibuatnyer..asyik suh nurse tolong cek kot2 mama dah boleh bersalin.. Tahan punyer tahan, akhiirnya pukul 4 pagi nurse suh mama bersiap masuk bilik bersalin. Walaupun agak nervous tapi mama rasa tak sabar2 nak bersalin...dah penat tanggung kesakitan. Akhirnya tepat jam 6.10 pagi bertarikh 17.04.2004 Aura pun selamat dilahirka. Eh..waktu lahir aura sama ngan mama. Sepatutnya babah boleh masuk sekali, tapi tak sempat sebab nak solat subuh. Bukan babah jer, nurse pun x sempat nak sambut aura..semuanyer kalut gi solat subuh..nasib baik ada seorang bidan yang tgh cuti..berdua ajelah ngan mama masa tu...tak kisahla..yang penting kita sama2 selamat..alhamdulillah..

apa dah jadi...

waaaa...rupanya dah lama sungguh tinggal blog nih. malas nk menaip sampai terlupa ada blog.hihihi
izz wazien pun dah nk masuk 8 bulan dah..eh esok je dah lapan bulan..tiba2 rasa cam nk isytiharkan yg blog ni bkn lg blog mama.(kisah mama biar mama simpan dlm hati jer..huhu).tp blog ni khusus utk anak2 mama supaya anak2 mama tahu mcm mana anak2 mama membesar. Nanti bila anak mama dah pandai sikit, rajin2ler baca blog ni yer...tp sekali sekala mama nak nyibuk gak dgn kisah mama..aci kan?