Wednesday, September 7, 2011

Hadiah puasa

Hari terakhir puasa di sekolah, masa balik aura tiba2 bertanya..

Aura - 'apa hadiah yang aura dapat?
Mama - hadiah untuk apa?
Aura - sebab Aura puasa penuh?
Mama - Aik??
Aura - kawan aura cakap..abah dia bagi rm100 sebab puasa penuh
Mama - ........


bagi mama aura adalah yang terbaik..tahun ini adalah tahun ketiga aura berpuasa..2 tahun sudah aura puasa penuh..membanggakan!! aura baru jer darjah 1 tahun ni..tapi bagi mama aura sudah pandai berpuasa...siap mintak untuk puasa sunat di bulan rejab dan syaaban..mama rasa sangat bangga kerana melahirkan aura.

cumanya..mama agak sentap bila aura mula mengharapkan ganjaran..mama tau..itu bukan sifat aura..aura cuma terpengaruh dengan kawan sekolah. tak pernah pun sebelum2 ni aura mintak apa2 sebab berpuasa kecuali mama sendiri yang akan bagi ..itupun sekali sekala ajer..atau lebih tepat jarang2 sekali!!

Walaupun mama tak janji ganjaran untuk aura berpuasa penuh, tapi mama nampak aura masih ikhlas berpuasa..takde pun tanda nyesal..alhamdulillah...

dihati yang tak terucap..mama cuma hadiahkan sebuah doa semoga aura menjadi anak yang soleh, berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat..aminn

ps: btw mama dah top up duit raya aura dan adik2 lebih dari kawan aura tu dalam simpanan..

Thursday, August 11, 2011

The hectic Ramadhan

Hari ni dah 11 Ramadhan. Bulan puasa kali ni tak seperti tahun2 yang lepas. Mama sibuk ya amat. 2nd day puasa pun dah kene outstation..huhu dah lama juga tak kene outstation di bulan puasa. sampai ke kl pulak tu..sampai pedih bijik mata mama drive ke kl tengah2 hari buta tu. Nyaris juga tak terlelap sambil drive.
balik dari kl, demam wazien bertambah teruk..sebelum mama ke kl lagi wazien dah demam..tapi tu la..susah sangat nak makan ubat. lambatla baik demam tu. Opah cakap wazien tido pun meracau ckp nak ikut mama..huuuu..kesian amat. Masa mama sampai pun dah dekat waktu berbuka tu wazien dah lembik sangat. nak cakap pun tak larat. Tapi dalam dok demam tu sempat gak buat bunyi pig bila dah kenyang nen. sempat juga bergurau dengan muka pekasam dia tu.
Esoknya pun demam wazien tak surut sangat. jadi mama decide bawak gi spital je. admit 2 malam..hari kedua baru wazien boleh senyum..demam wazien pun turun..jadi doktor pun bagi wazien discharge dengan syarat kalau demam balik jangan tunggu2 lagi sebab kuman di paru2 wazien masih tak hilang..Alhamdulillah..setakat hari ni demam wazien mmg tak naik dah..cuma pernafasan dia masih x completely recover lagi...
Pasal keje..wazien..kembali pasal keje..huwarggghhh..letih tul keje tahun ni. memang xde istilah rehat langsung. selalunya bila tiba bulan puasa pastinya satu ofis khr akan bersenang lenang sambil bermain game di komputer..tapi tidak kali ni..jangan kan nak rilek seperti dulu...siap kene keje obertime lagi..jumaat sabtu memang tak rehat.. rumah pun dah tunggang langgang. bahagian dapur yang baru renovate tu pun tak sempat cat dan kemas lagi..sekadar masuk dapur masak cuci pinggan jer.. bila agaknya boleh settle??
Kisah Aura - Alhamdulillah..tahun ni tahun ke3 aura berpuasa. hari pertama puasa di rumah opah agak teruk juga keadaan aura. cuaca memang panas terik. Nak bukak pintu rumah pun dah terasa silau..mana lagi nak keluar. Masuk hari kedua dan sampai sekarang alhamdulillah..walaupun masih panas tapi keupayaan dah semakin baik. btw aura mmg boleh dipuji kalau bab puasa nih..rejab dan syaaban hari tu pun aura sempat puasa sehari sebulan.
Zikri?? - ohhh my korean boy..permulaan bulan puasa memang fail..zikri demam juga..batuk2 tentunya buat zikri rasa penat. sekali zikri kata nak start puasa (wlupun masih x sihat) susah pulak nak bangun sahur..jadi separuh hari dah mintak nasi. hari kedua bila mama ada..sahur tak sahur kene gak bertahan sampai waktu berbuka..errr zalim ke? mama tengok zikri cergas jer..yang lebihnya cuma keinginan untuk makan. Bila masuk sekolah...memang fail terus..pukul 10 pagi cikgu hidang biskut..mana nak tolak..huhu..jadi zikri kata nak puasa on weekend je..tengokla apa jadi esok..

Monday, July 4, 2011

Waziennn..mana wazien menghilang???

malam kelmarin, selepas babah, aura ngan zikri bergerak ke surau, mama terus tutup pintu. bagitau wazien cakap mama nak mandi..wazien ok jer..mainla wazien sorang2..lama jugakla mama mandi..dalam 20 minit gitu..sesekali tutup air nak dengar kot2 wazien nangis takut ke hapa..macam ok jer..

selesai mandi keluar dari bilik air terasa sunyi sepi..panggil wazien tak nyahut2..cari serata dalam rumah, bilik, dapur, bilik belakang yang jarang wazien masuk pun mama cari..tak jumpa juga. Mama tengok pintu depan terbuka..huh..macam mana wazien boleh bukak pintu tu..setahu mama wazien tak sampai lagi nak bukak pintu depan tu..MasyaAllah...sapa pulak yang amik wazien...

Mama terus masuk bilik pakai baju..then keluar cari keliling umah sambil menjerit panggil wazien.. Kepala mama masa tu dah terasa kosong..dah tak peduli apa lagi..dengar juga bunyi2 aneh dari hutan kat bukit tu..tapi masa tu mana ada perasaan takut lagi..yang mama ingat cuma wazien jer..mana wazien pegi senja2 buta begini..Mama try call henpon babah..x angkat..hmmm..babah ke surau bukannya bawak henpon pun. Rasa cam nak nangis,,airmata tak terkeluar..kaki dah terasa berat tapi demi wazien mama gagah juga melangkah.

Anggap saja aura dah pegi umah makcik sobah mengaji..tak singgah umah..tak logik pun buat2 logik..kalau takde pun at least boleh ngadu ngan jiran..mintak tolong diorang cari wazien sama. Takkan nak tunggu babah balik baru nak cari wazien kot...kang ntah kul berapa nak balik tak tahu..lagi jauh pulak wazien pegi..

sebaik mama bagi salam..
Pakcik Abrar ' haaa..budak ada kat sini.."
Mama - "budak?"
Pakcik Abrar - "Wazien...tgk sapa datang ni?"
Mama - "Ya Allah...kat sini rupanya..jenuh cari"

Jenuh mama cari..rupa-rupanya kak aina ngan kak dini yang amik wazien..aduhaiii...bagai nak luruh jantung dibuatnya..solat maghrib pun belum lagi. Mama terus amik wazien bawak balik..

Thursday, June 2, 2011

Rezeki hari ini

Hari ni aura dan zikri ikut Pak Long n Mak Long pegi kantin..kat sana anak2 mama bebas bermain..sambil tolong Pak Long berjualan sambil menghabiskan barang jualan pak long jugak.
Mama agak boleh bankrup Pak Long kalau tetiap hari aura dan zikri ikut gi kantin.
Aura cakap hari aura sangat rajin tolong mak teh..mak teh bagi upah singgit kat aura. Aura sangat2 happy dapat duit singgit tu..Aura cakap kat mama...tak kisahlah sikit pun dah itu rezeki yang aura dapat..sikit pun rezeki jugak..:)

Ps..So proud with the statement..semoga aura menjadi anak yang sentiasa bersyukur..ameen

Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - pertama kali ke pawagam

Setelah malam kelmarin mama tak berjaya ke pawagam untuk menonton Hikayat Merong Mahawangsa, malam tadi mama, babah dan anak2 mama berjaya jugak akhirnya. Keterujaan untuk menonton HMMW setelah mendengar dengar asyiknyer kelunakan suara Anuar Zain menyanyi lagu sedetik lebih (ohhhh...kenapa anuar zain x ngorat mama dulu???)

Setelah melihatkan review beberapa orang penonton, mama rasa tak boleh nak tunggu tayangan kat astro first lagi. Tiap2 hari dok ajak babah tengok...akhirnya semalam sampai jugak..hehe. And this is the first time la anak-anak mama masuk panggung..si kecik metot yang taktau apa tu pun mama angkut gak...HMMW punya pasal..hehe

Pertama kali skrin dipasang...anak2 mama semua terpegun..diam semuanya memandang skrin yang besar gedabak tu..rasa nak je mama ambik gambar, tapi nnti apa pulak kata orang lain...darat sangatla pompuan ni..masuk panggung pun nak amik gambar..huhu..pada mulanya mama tengok zikri begitu behave...dok diam jer tengok cerita yg ditayangkan..aura?? tak abih2 tanya..kenapa bukan raja lawak jer yang ditayangkan?? haishhhh... at last..aura jugak yang tekun tengok citer tu sampai terlupa nak gi toilet. dah nak abih baru bgtau dah tak tahan nak ke toilet.

Okeh..sedikit tentang HMMW....
overall citer ni memang best..lain dari filem2 malaysia yang lain..tengok filem ni tak rasa macam tengok filem malaysia..errr...mama memang suka action movie ni..tapi kalau setakat citer mat2 rempit, mahapla mama nak tengok...jadi kalau kru menang anugerah apa2 dalam malaysia ni..orang lain tak perlu kata apa2 dah kot..tapi kalau untuk anugerah oscar..ermmm rasanya takleh nak lawan braveheartla..kutipan??? usah citerla..belum tayang kat malaysia lagi dah pulang modal dah..sbb tayang kat oversea dulu..

Mulanya nak tengok citer ni, selain orang kata best, sebab suka sangat dengan lagu sedetik lebih..errmmm..tapi..masa tayangan tu, sebaris lagu tu pun yillek..maybe muzik aje kot yang mama tak perasan..apapun mama rasa antara lagu anuar zain dengan jalan cerita filem ni memang takde kene mengena pun..huh..pandai sungguh kru memancing orang ramai dengan lagu tu jer..anyway..xde lagu tu pun mmg bestla..
Dalam best2 tu pun mama rasa ada gakla cacat cela citer tu..(pada pendapat mamala..) tak logiknyer citer tu masa stephen rahman panjat menara galah tu, pastu pihak lawan cantass dari bawah, bila jatuh, semuanya mati..termasuk yang ada kat bawah...huhu..apa hal gitu??
Mama juga agak kurang setuju, bila kaum cina yang begitu megah dengan bahasa ibundanya..tapi inang dan tuan puteri cina tu cakap bahasa inggeris..betulla diorang boleh cakap pelbagai bahasa, tapi antara kaum yang sama pun kenapa tak gunakan bahasa ibunda jer..
Semasa menyerang Geruda...mana logiknya pantulan cahaya daripada cermin boleh membakar bot2 kecil tu dan membunuh tentera Geruda?? tak pahammmmmm....
Dan akhir sekali masa ending...hero seolah2 membunuh diri selepas berjaya memusnahkan kekebalan azimat ketua Geruda...ermm..kalau dia boleh hidup lama dengan keris di perut..instead of menekan keris terus, mungkin lebih baik cabut dan tikam je si Taji tu. In fact, kalau dia yang dah tertikam tu pun boleh hidup, kenapa mudah sangat si Taji tu mati dengan saki baki keris tu (wlaupun azimat taji dah dibuang)..

Btw..inilah filem melayu pertama mama masuk pawagam...walaupun ada yang kata citer Hantu Mak Limah tu lagi best..tapi mama tetap berpendirian cite HMMW lagi best dari hantu mak limah..(adeke hantu pun boleh berbayang???) out of 5, mama kasi 3.5 star..

http://www.youtube.com/watch?v=CsvucozF5K0

Tuesday, March 1, 2011

Doktor oh doktor.....

Petang tadi sedang dok mama nonton ulangan raja lawak kat astro, tetiba wazien menjerit menangis dengan kuat..mama pun kalih tengok apa yang berlaku,,2 seconds adhesive glue kat tangan wazien!!!..mouth reflection..mama terjerit sekali..panggil babah yg tengah mandi suh keluar cepat sebab mama nak cuci mata wazien (mama yg over - mcm xde tempat lain nak basuh mata wazien)..mama cuci mata wazien dengan air yg banyak..di fikiran mcm2 terlintas..ohhh habislah mata anak mama sorang nih...

dah cuci, sebelah kanan sudah wazien boleh buka sikit, cuma belah kiri tak buka2 lagi..wazien nangis tak henti sekuat hati...apalagi yg dapat membantu selagi bagi susu kegemaran wazien..itu pun sambil menyusu sambil menangis juga..tapi mama perlu pisahkan wazien sementara sebab nak solat maghrib...

selesai solat maghrib, mama ajak babah pegi klinik. pada mulanya nak pegi Poliklinik Mutiara..ermmm tak sempat, dah tutup. Rasanya klinik Mahsuri pun dah tutup..jadi tiada pilihan...terpaksala ke klinik Dr Azhar & partners..sampai turn masuk jumpa doktor..

Dr - ermm ini org ke 8 hari ni dtg sbb sakit mata
Babah - dia bukan sakit mata biasa doktor..tadi mata dia termasuk gam..maybe gam di kene tangan dan dia tenyeh kat mata
Dr - (tanpa periksa) oohh..kami xde ubat utk chemical injury..sy buat surat, encik kene pegi hospital..

Mama - (dlm hati) errr..teruk sangat ke sampai kene refer hospital..anak aku cargas saja..aku cuma nak pastikan xde apa2 bahaya berlaku..

Dr - you have to go now..
Mama - now?? ermm layan je la
Dr - Yes..
Mama - ok..thank you Dr

Cara dr tadi memang merisaukan...walaupun dalam hati berkata wazien tak apa2..apapun pegi jugakla..risau jugak dengan kemungkinan buruk yg akan berlaku..dlm hati berkata..mlm ni mungkin nampak ok, mana tau kot2 esok teruk pulak. Jadi kita pun balik rumah, sediakan baju apa yg patut..risau jugak kalau kene masuk ward. Dah ready, kita terus ke KMC.

Sampai turn jumpa dr, cerita la apa yg berlaku, dari mula kene sampai wazien boleh buka mata. Dr pun cek mata wazien yg tgk lena diulit intan

DrKMC - sy tengok dia ok jer..xde chemical injury..dia main pun ok semua..klu chemical injury anak puan tak boleh bukak mata..

Mama - ok..(dalam hati bersyukur xde apa yg berlaku...tapi geram jugak dengan dr tadi) saja kasi kita suspen..Dr kat KMC tu pun cuma bagi eye drop jer utk bersihkan mata (setelah abih fikir x tau nak kasi ubat apa..huhu)

bila keluar..
Mama - Dr kata xde apa2 pun..dr tadi tu ke yg babah ckp dulu..(yg cek acuh tak acuh masa wazien demam)
Babah - A aa..memang dia la..sorang tu je kot dr situ..memang rasa malas nak jumpa dr tu tadi, tapi dah xde pilihan..

ermmm...harap2 inila kali terakhir kita berurusan dengan klinik tu..Lepas2 ni tak nak pegi dah (errrr..sebelum ni pun memang dah insaf pun...ada ke patut masa wazien demam tak cek pun dada wazien..bagi ubat ikut suka..sudahnya berminggu wazien tak baik2..end up kita terpaksa bawak wazien ke KMC..being warded there for 2 days...bila dr di KMC cek, wazien dah kene jangkitan di paru2..hmmm doktor..doktor...di mana etika professional doktor....) That was not the first time actually.. First time masuk klinik tu, nak pegi cek zikri dan wazien..end up aura yg doktor cek...oh doktor...apakah??

Tuesday, January 4, 2011

Orajel Baby's First tooth contest

Last year in November 28 mama telah dengan gatalnyer menyertai contest dari circlemum yg dianjurkan oleh Orajel..Before this tak penah pun masuk mana2 contest. Kali ni sajer menggatal tangan..itupun setelah daftar and upload gambar, mama biar buat tak kesah.
Last week mama dpt email dari circlemoms..How did your entry do in Orajel..maka layanla emel tu..bukak dari satu page ke satu page..punya la ramai yang join..tak harap anak mama dapat undi..maka mama terus leap to the last page..huh..tak jumpa juga..kali ni tgk dari belakang pulak..satu persatu..and..out of 325 contestant, anak mama yang fotogedik itu telah mendapat tempat ke....seratus enam puluh enam...yeaayyyy...hahaha..not bad la kan..mama bukan buat apa2 promosi utk org vote anak mama pun..lagipun yg masuk semuanya dari obesi jer..haha ternyata anak mama gediks.