Monday, December 13, 2010

Gold potential

huwaaaa...dah lama rasanya tak update blog..hampir sebulan jugak. Sejak dua menjak ni agak sibuk sikit. kat opis keje sangat la melambak..balik umah pulak penat dengan keje umah. dah hampir 3 bulan pindah Jitra, tapi umah tak jugak siap2 kemas lagi..huhu

Actually banyak cerita yg nak tulis kat sini, tapi banyak yang dah basi. Same goes to this post...pasal emas..Yatie..ingat lagi request yatie yang dah berbulan2 tu.. Mulanya ingat nak buat perbandingan tentang pelaburan di ASB dan Gold, tapi draft both potential income yg dibuat kat excel takleh nak transfer kat sini..why ah?
It's ok then..so..start with this post..gold investment potential..

Daripada pembacaan dan penelitian tentang emas ni dari dulu hingga kini, semua orang sedia maklum nilainya sangat stabil dan kukuh. Kalau dulu harga kambing 1 dinar, sekarang ni pun harganya masih dalam lingkungan 1 dinar jugak. Kalau 10 tahun lepas, seekor kambing boleh dibeli dengan harga RM3++, sekarang harganya sudah mencapai RM6++ (bergantung pada jenis la)..see..1 dinar dulu, 1 dinar sekarang..RM3++ dulu RM6++ skrg.. Kata orang..harga emas skrg lebih mahal dari dulu..Ya ..betul..nampaknyer macam lebih mahal, tetapi sebenarnya, nilainya sama, cuma keupayaan kita utk membeli emas semakin hari semakin berkurang..sebabnya nilai ringgit/dollar tu yang semakin mengecil.

Based on graph di sebelah, what we can see and conclude is harga emas semakin menaik dari setahun ke setahun.. pada bulan 10 2005 hg emas USD456 satu auns (lebih kurang 32 gms), 5 tahum kemudian harganya melonjak jadi USD1,381..wow..hampir USD925 dalam tempoh 5 tahun kan..Dalam tempoh 5 tahun ni, kenaikan setahun ke setahun hampir 30% setahun, cuma dari Oct 2007 ke Oct 2008, nilainya agak menurun berbanding dollar (apa history nyer tak pasti pulak).

Nak kata emas ni sentiasa naik takla jugak..ada turun ada naik..juga bergantung kepada nilai dollar, permintaan pasaran vs bekalan jugak. tapi..what can i say..klu utk jangka panjang..insyaallah it's the best instrument to invest.

panjang lagi citer pasal emas ni..untuk intro..ni dulu la..ngantuk la pulak..

Saturday, November 20, 2010

Cari duit

Kebanyakan sekolah dah start cuti..tapi sekolah aura masih berjalan lagi. rajin sungguh cikgu mengganti cuti sekolah yang ditutup masa banjir hari tu. Seminggu pulak tu. Anyway..itukan namanya amanah..parents dah bayar, jadi hari bersekolah mesti dicukupkan jugak.

Tahun depan aura dah masuk darjah 1..huuu besaqqqq dah anak mama sorang ni! Aura pun dah mula tengok katalog jualan barangan sekolah sana sini. Dia pulak yang sibuk. Sekarang ni aura tangah kalut buat keje untuk cari duit lebih nak beli barangan sekolah. Maklumlah..katanya duit dia cuma ada RM1.60..tak cukup nak beli bag, pencil case, buku, pencils etc. Beg yang aura tengok tu harga berpuluh2 ringgit..Mama suggest aura guna duit raya jer..tapi dia taknak..kata aura, duit raya dia nak simpan utk beli Honda Freed, guna duit adik bolehla...aduhaiiiii..bila agaknyer Aura boleh dapat Honda Freed tu ek? InsyaAllah..

Last week aura dah mula buat keje cari duit..keje pertama ialah basuh poo poo wazien..(dengan pertolongan mama la). Upah untuk basuh poo poo wazien...dari mama aura mintak RM2, makjang RM2, dengan babah pun aura mintak gak..ntah berapa babah bagi tak taula..itu baru bayaran untuk sekali basuh.. Tapi makjang dah bagi advance RM5. Kalau tiap2 hari aura basuh wazien cukuplah agaknyer nak beli semua tu..lumayan sungguh upah yang aura dapat...tapiiiii...kalau aura tinggal solat..satu waktu tolak RM1. Jadi aura pun secara automatik senang untuk bangun solat subuh..kalau tak..pukul 9.00 paling awal aura bangun kalau cuti.

Ada sebulan lebih sikit je ni untuk aura bekerja keras cari duit. Kalau tak cukup gak aura kata nak beli roda jer..letak kat beg sekolah lama tu. Beg tu pun elok lagi..hahaha..lawakla anak mama nih. Apa2pun mama tetap bg support untuk aura cari duit lebih..just let you know what worth of money.

Ate..mama ni apa kes tak keje nih?? huhu

Akibat banjir

Awal November lepas, kedah perlis sekali lagi dilanda banjir. Banjir kali ni lebih teruk dari yang berlaku dalam 2005 dulu..banyak penempatan yang dulunya selamat kali ni tak selamat. Yang dulu kene sikit skang kene lebih teruk. actually masa 2005 tu mama tak tahula macam mana keadaan..tak tengok dengan mata sendiri..dengar cerita orang je. Masa tu kita cuti hantar Opah gi Mekah..tak sempat balik, mama dapat cuti free lagi. Kali ni kebetulan baru hantar Maktok gi mekah pulak..kbetulan je la pun.

Minggu banjir tu, Zikri tengah periksa akhir tahun. Dah banjir start mengganas hari selasa, so rabu ngan khamis tu terpaksa ponteng. JUmaat tu pulak, Superkid pun kene banjir gak..tak penah2 kene gak tu. Hari Ahad tu Superkid tutup utk keje2 pembersihan. Tapi hari Isnin ngan Selasa pun mama tak hantar zikri ke sekolah. Sampaila Ms Goh tepon mama hari Rabu..Mama ingatkan lepas raya korban sekolah lagi..sib baik gak Ms Goh tepon..ermm maka dengan tidak berpakaian sekolah, zikri pegi gak utk sambung periksa akhir tahun.. Sempat buat 2 paper je ritu..Chinese and Math. What a good boy!! U score 96% for those both papers..cayalah!! Tapi paper sebelum banjir tu tak tau pulak resultnyer..apakah sudah dihanyutkan oleh banjir??
Itu kisah sekolah zikri..

Aura pulak..Periksa aura dah lama berlalu. Tahun ni aura masuk kelas no 1. seperti yang mama jangka..peluang utk score top student takdele..Anyway..aura tetap cemerlang bagi mama..Aura boleh baca dengan lancar..both English and Malay..sedangkan kawan2 aura masih ada yang sangkut2 lagi. ye lah..sekolah An Najaah bukan cam sekolah lain..AnNajaah lebih pentingkan hafazan al quran. So..kalau diorang tak boleh baca dengan lancar lagi bukanla sebab diorang tak pandai..cuma kurang penekanan di situ..penekanan lebih kepada alquran. tapi sekolah lain x dapat semua tu.

Sepatutnya..hari Ihtifal sekolah Aura pada hari Sabtu minggu banjir tu..tapi terpaksa tangguh. mulanya cikgu kata lepas raya, tup tup sebelum raya pulak..minggu tu pulak kita cuti sakan seminggu lebih. Apakan daya..kita dah rancang dulu..nak cancel pun tak boleh. Tiket tak boleh ubah. Apapun kesian la kat anak mama sorang ni..penat dia berlatih menari bagai. Sib baik persembahan forum cikgu dah pass kat wan ammar (ni mama yang frust..penat anak mama menghafal, cikgu kasi orang lain pulak..huhu.) Anyway..aura tak tau pun pasal penangguhan tu..Aura ingat dah cancel sebab banjir. Kalau aura tau mesti aura frust lagi..tak boleh pegi jugak..kesiannnnyerrr

Wednesday, October 27, 2010

wazien dan seterika

last 2 days, pengasuh wazien bagitau..wazien kene cakar ngan ibu kucing. Luka tangan wazien..ibu kucing tu sangat garang. tak macam kucing yang makcik noriah bela tu..memang jinak dan sangat cute. Mama tanya..wazien nangis tak? Makcik bagi tau wazien sikit pun tak nangis..hebat anak mama.
Sebelum ni mama pernah tangok sendiri wazien kene cakar dengan kucing..bercalar jugakla..mama yang menyaksikan kejadian pun terasa mengilu. Tapi wazien senyum je macam takde apa2 yang berlaku.
sebelum kejadian itu, kaki wazien pernah terkene seterika baju panas. Mama pun tak sedar bila wazien kene. Mama realized setelah babah bagitau ternampak kesan mengelembung kat kaki wazien. Itupun macam dah kene 2 hari agaknya..hmmm..mama memang tak perasan langsung..sebab selama 2 hari tu bukan mama yang mandikan wazien atau basuh poo poo or tukar nappy wazien. Tak mungkin juga parut tu berasal dari rumah makcik noriah, sebab selalunya segala cacat cela dari rumah makcik, mesti makcik bagitau awal2. Agak pelik jugak, kalau tengok kesannya mesti wazien akan melalak sakan. Iyelah..ingat tak sakit ke ke seterika panas..budak2 kecik for sure akan menangis meraung..tapi mama tak dengar pun wazien menangis pasal kene seterika panas tu..
Hmmm...begitula wazien..2 perkara yang wazien suka...main seterika dengan kucing..rela sakit demi kepuasan..kuat sungguh anak mama menahan kesakitan tu..
Tapi...wazien akan menangis bila mama seriously marah kat wazien..walaupun sebelum menangis tu wazien akan cuba bagi mama gelak dengan jelingan nakal wazien tu..huhu..notti eh kamu wazien!!
So mama conclude..wazien ni seorang yang kuat physically, tapi kaya dengan nilai kasih sayang..is it??

Tuesday, October 19, 2010

Happy belated birthday Izz Zikri!!

Yesterday Izz Zikri @ Izz Aki @ Ki @ Yi telah pun berusia 4 tahun. 4 tahun lepas, baby comel yang kelihatan agak jambu kini telah menjadi gagah perkasa (badan Aki nampak lebih tough dari abang aura).
Tak sempat lagi pun kita nak celebrate birthday Aki. Babah sibuk sangat kelmarin, balik pun sampai tengah malam. Mulanya cadang nak beli je kek hantar ke sekolah, tapi mama tak tau nak budget berapa ramai. Tak sempat nak berjumpa dengan Miss Goh. So..esok ajelah kita gi makan2..ermmm mana mau pigi ek?
What u wish for your birthday?...
Aki cakap, aki cuma nak bubble pistol je..huhu..sib baik mintak murah2 jek..tapi kalau bagi hadiah ni mesti takde kenangan. sehari jer dah abih. Anyway..bagus jugak mintak hadiah singgit dua nih..jimat..hihihi

Tuesday, October 12, 2010

Dinar dan emas

Huwaaaa...xleh nak tido la pulak..sakit kepala dah nii. esok ada kem bina semangat sempena menggantikan ketiadaan bekalan elektrik kat opis mama.

Oklah..sempena melayan mata yang tak mau lelap ni, mama nak cerita ceriti pasal investment yang mama kecoh di entry lepas.. setelah setengah tahun mama study pasal emas fizikal, akhirnya mama telah menjebakkan diri dalam pelaburan emas fizikal pulak. Setelah hampir setiap hari mama bukak website en amir, bulan lepas mama telah meng'add' tuan website ni dalam frenlist facebook mama. ermmm..mama sangat memilih kawan2 di FB. not as simply as 1 click jer mama akan approve org..apalagi utk mama seniri yang add orang. orang2 yang tak kenal cuma yang berkepentingan jer yang mama sudi add..huh..bunyi cam sombong kan?? ohhh..mestilah kene sombong..

Setelah bersoal jawab ngan en amir dan juga membuat beberapa draf plan pelaburan, akhirnya mama telah memesan seketul emas ngan beliau. Masa mama pesan tu harganya kira boleh tahan murah lagi..lepas je mama lock harga, harga naik dan tak turun2 dah macam tu...malangnya mama terlupa nak lock dinar utk convert duit raya anak2 mama. Jadi mama lock harga dinar tinggi sikit,.nasibla en amir sudi bagi harga diskaun :) . Setelah seminggu memesan, last saturday night mama, babah ngan wazien berjumpala ngan en amir nih kat RnR Gurun. masa tu dah pukul 10.30 lebih. aura ngan zikri tgh tido dalam kete. huh..macam urusniaga pasaran gelap pun ada. bayar cepat2, then amik barang cepat2...takut kalau2 ada orang tengok...almaklumlah..en amir bukannye bawak sekeping dua hat kita je, banyak lagi keping dalam kotak emas dia. Kalau ada orang ikut tak ke naya..alhamdulillah..aktiviti malam tu semuanya selamat.

Setakat ni, emas2 tu masih dalam simpanan mama...InsyaAllah kalau free sikit nanti mama akan buat seperti dalam draft plan yang mama sendiri buat. Babah approve aje :) - macam gila kuasa pulak mama nih..isk..isk..isk..Plan tu nanti bila berjaya baru mama story. mama kene tanya itu ini ngan bank dulu.

hmm..bateri notebook pun dah nak abih..mama tak bawak balik charger la pulak..tengok ajelah gambo emas tu..pasni xleh tengok dah..mama nak gi simpan kat bank.

Yang bulat tu adalah rupa duit raya anak2 mama. Kali ni punya duit raya mama tak masuk tabung haji macam selalu. Jadi bermula tahun ni, akaun tabung haji tu hanyalah duit yang mama tolak gaji tiap2 bulan.

errr..aura kata nak kumpul dinar ni banyak2 sampai boleh beli kete utk mama kan..:)

Sunday, September 26, 2010

What instrument to invest??

Sejak umah kat bukit merah tu tak jadi buat, mama asyik berfikir tak henti2...what is our next investment? Public mutual?? heheh..no way la..dah lama duit mama menjeruk kat public mutual..jangankan cendawan..sisa2 kulat pun tak sudi menjengah. what to say kan..bukan salah pengurusan PM tu, dah keadaan ekonomi global tak mengizinkan. Mama pun dah decide to draw the investment even rugi. sikit?? taklah sikit ruginyer...bagi mama yang sengket ni kira banyakla ruginyer tu. tapi kalau dah nama pelaburan tak mendatangkan keuntungan malah rugi jer..lebih baik mama go for another investment yang lebih baik.

So..first in list...mama now seeking for investment in gold. lama dah mama baca pasal gold nih. Actually start awal tahun ritu lagi mama dah start invest in gold. tapi masa tu masa just open account at GSPA maybank. Masa tu mama tak berani nak beli emas fizikal lagi. Kang kot tercicir kat mana2 tak pepasal rugi. Kalau hilang tercicir takpe lagi..buat nyer kot ada perompak ke pencuri ke terhidu bau emas tu tak ke naya..errr..malam tadi jiran kita kene rompak..katanya siap kene ikat tangan kaki bagai..takutnyer..nauzubillah..

Lately mama terfikir pulak nak try invest in physical gold pulak..tapi idokler mama nak simpan seniri..simpan kat bankla. kat umah takleh simpan barang2 berharga. nanti kalau masuk perompak jenuh kenyang diorang. agak2 kalau diorang nak masuk pun biar diorang balik dengan penuh penyesalan...hahaha

Back to pasal rumah pulak...harga rumah sekarang memang giler berhantu punyer mahal. Just imagine...rumah semi D yang keluasan tanah + bangunan yang jauh lebih kecik dari umah kita sekarang pun dah RM25+K. Rumah kat jitra tu baru around RM15+K jer. hah...congakla seniri berapa peratus kenaikan. melampau kan..?? yolah...kita beli pun just in a good time..just after we signed up SnP agreement, hg rumah naik mendadak..pasal?? malas la nak citer..pi kelas ekonomi la...huhu

So..apa nak ganti?? jenuh mama geledah intenet..walking blog to blog..akhirnya mama jumpa satu blog nih. blog pn Fara..http://hot-auction-property.blogspot.com/ . Mama tanya serba sedikit pasal pembelian rumah lelong..She's very generous. apa mama tanya semua dia jawab. Pendek cerita, Pn Fara telah membantu mama mendapatkan sebijik umah lelong di damansara damai at RP..alhamdulillah..skang ni tgh proses utk siapkan utk loan, transfer dsb. hmmm..malas lagi nak cerita panjang pasal umah ni..nanti dah settle baru leh cerita. Skang ni tgh fikir pasal nak pindah hujung minggu nih pulak..

Monday, September 6, 2010

Ramadhan yang penuh dugaan dan rahmat

Assalamualaikum anak2 mama sayang..

dah lama nak menaip..tapi macam biasa mama agak malas...bila time terasa rajin pulak, keadaan lain tak mengizinkan..ishhhh macam2 alasan.
where to start ah? (haa..ni la antara sebab mama malas. nak cari starting point tak jumpa2)
Ok..ok..lagi 3 hari kita puasa, masuk hari ni insyaAllah 4 hari lagi. Pastu kita akan sambut hari raya. Alhamdulillah..persiapan raya untuk sekeluarga dah hampir settle. tinggal baju mama ngan baju wazien jer tak siap otter lagi. Petang nanti abih keje mama kenela singgah umah taylor Kang tu dulu. Tema tahun ni warna oren/merah..garang gitu. hihi

Aura berpuasa...
Tahun ni adalah tahun kedua aura berpuasa. Tahun lepas, aura pose lebih banyak hari dari mama. seingat mama ada la kot 4 hari aura tak puasa. itu pun sebab baru nak blajar tahan lapar on ur first days puasa tu. Masuk hari ke4 aura dah puasa penuh..hebat kan anak mama nih!!. satu hari lagi tu sebab aura sakit kaki..jadi mama kesian tengok kasi aura makan. apa kaitan kan?? kaki vs perut..tak logik mama kasi aura makan.
So tahun ni, di hari pertama puasa aura sakit kaki jugak. aura mintak mama treat aura just like last year. aura kata.."mama buatla cam dulu..cam aura sakit tahun lepas tu".."eh..tak boleh la".."dulu boleh"..hmm..mama memang takde jawapan..sorry sayang..salah mama jugak dulu. sakit kaki patut boleh jer puasa. tak kene mengena dengan perut pun.
di tengah2 bulan ramdhan ni, suatu hari aura termakan asam boi yang mama letak dalam peti sejuk. Mama perasan masa aura nak berkumuh kat luar. mama panggil dan terus marah aura tanpa usul periksa. mama sangka aura dah buat perkara yang sama banyak kali. nangis2 mama marah sebab ingatkan mama kene tipu selama ni. kene jugak aura belasah dengan mama. huhu..sorry aura...mama memang susah nak percayakan orang, mama harap mama boleh percaya dengan anak2 mama sendiri. jadi bila mama tengok aura buat begitu sudah tentu mama sedih. lagi2 pulak dah tengah ramadhan..mama ingat aura dah selalu buat camtu ..cuma mama tak nampak..setelah diperiksa, ternyata aura tak bersalah langsung. asam boi tu zikri yang sumbat dalam mulut aura..apalagi rezeki le kan..so aura pun makan je la. pastu aura cepat2 kumuh mulut tu..pandai gak eh. dan itu juga kali pertama aura makan/minum siang. sebelum2 ni aura memang pose. maafkan mama yer sayang..mama terlalu emosional.
Kisah mama..
selalu mama letak kisah anak2 mama jer..kali ni mama nak nyibuk jugakla...sajer nak luahkan..hihi.
Mama rasa tahun ni memang tahun yang menduga kesabaran mama. Dugaan tu datang lebih hebat dalam bulan Ramadhan ni. Segala rahsia kini terbongkar. Kadang2 mama rasa sangat letih. ya..sangat letih bila mama terpaksa menyelesaikan masalah yang diciptakan oleh orang lain..sapa orang tu dan apa yang dia buat tak perlulah mama cerita kat sini. Tak baik bercerita tentang perkara tak baik orang lain. Bila mama diduga sebegitu, mama selalu ingatkan diri bahawa Allah sedang menilai mama untuk diberi pahala..takkan mama taknak pahala tu. Bila ingatkan janji Allah yang tak pernah menipu tu hati mama jadi tenang. Disinilah mama dapat menilai diri seniri..rupanya bila kita diuji, kita diangkat olehNya supaya jadi lebih kuat. Dan Allah pun tak uji kita melebihi kemampuan kita sendiri. Allah itu Maha Adil. Mama jugak nampak kelebihan mama bila terpaksa selesaikan masalah orang.. Walaupun kadang2 rasa letih, kadang2 rasa marah, kadang2 sedih..mama tetap bersyukur dengan ujian nih. banyak pengajaran yang mama dapat daripada ujian nih..apa2pun kene ingat..bila kita susah...ramaiiiiiiiiiiiiiiiii lagi yang susah.
Pada penilaian mama, apa yang dapat lebih dari apa yang menduga mama. rezeki yang mama dapat tahun ni lebih banyak dari keperitan yang mama tanggung. Dalam banyak2 yang mama terima tu, yang paling bernilai ialah ketaatan aura dalam menjalankan ibadah puasa..walaupun terbabas sehari. Tapi aura...kan lebih cantik kalau aura tak tinggal solat 5 waktu. Solat terawikh rajin sungguh pegi ek..

Sunday, August 22, 2010

From Bkt Merah to Taiping???

Last 2 weeks masa balik kuale mama dapat surat dari MKLand. Ingatkan surat bagitau pembinaan untuk apartment yang mama beli dah nak start..rupa2nyer....apartment tu tak jadi buat pun..and ...it will be transferred to Bukit Jana Golf Resort (Taiping Resort).Hmmm...and surat tu pun just to need answer from mama either agree or not.
Mama try tanya kawan mama yang duduk kat area Taiping..tanya pasal potential investment kat situ..jawapan yang diberi macam kurang menarik. Then mama try call officer MKLand jugak..tanya jugak apa benefit pindah ke situ. Layanan yang kurang menarik..membuatkan mama lagi tak hegeh nak proceed. So mama decide to cancel the agreement yang dulu tu.

Rasanya tak berbaloi to have an apartment kat Taiping dengan harga RM150K tu. Better mama cari umah lain jer..so..kita punya privileges kat BMLR tu automatik dihentikan la..tak boleh anak2 mama nak mandi free kat sana lagi kan..tak apalah , privillege tu pun bukannya kita sempat guna pun. kesian anak2 mama..dah lama mama janji nak bawak gi mandi kat situ tak jadi2. baju mandi pun dah beli tak guna2 pun.at last terus tak jadi..ermmm..it's ok dear..tak dapat masuk free pun, kita still boleh berseronok..kene bayarla tapi kan..yang free pun ada lagi..apa kata kita mandi sungai jer?? lagi best..lagi sejuk dan air pun mama sure lebih bersih.

Maka pencarian untuk rumah baru pun bermula la....next??

till the date..dah almost sebulan dah..mama tak buat lagi cancellation letter..haishhh...nak buatla nih!!

Monday, August 9, 2010

After 5 months

wahhh...lamanya tak tengok blog ni..macam sibuk sangat..dah nak masuk 5 bulan since last post. Sibuk..betulla sibuk. hari ni jer baru start takde keje..itupun maybe hari ni je.
Banyak dah yang tertinggal tentang anak2 mama..wazien hari ni dah pun setahun 5 bulan..cepatnyer masa berlalu. ok..update tentang wazien sempena umurnya genap setahun 5 bulan..
1..wazien dah asyik berlari aje..tak pandai jalan kamu yer.
2..gigi masih lagi 6 batang..4 di atas 2 di bawah..tapi suka sangat gigit mama..mama dukung pun kamu gigit jugak yer.
3..masih belum boleh bercakap..bila nangis jer kadang2 mama dengar wazien panggil mama
4..wazien sangat suka bergurau..suka tibai abang aura dan abang zikri..kadang2 mama pun kene tibai ngan wazien..lagi2 kalau mama pakai spect
5..bila mama marah wazien..wazien akan cepat2 peluk mama..then cium mama..pandai kamu bodek yer..

zikri..
1..sangat manja..asyik suruh mama dukung jer
2..kuat sangat merajuk
3..prestasi di sekolah semakin baik..mama very impressed dengan kamu masa ambil report card kat sekolah..Ms Goh asyik memuji2 zikri..Ms Goh cakap dia selalu bercerita pasal zikri pada famili dia..kamu tau sebut semua nama kawan2 chinese (tu yang Ms Goh kagum tu) Ms Goh bagitau even they chinese student also don't remember their name.
4..Zikri kenal huruf cina tu..any missing stroke zikri boleh recognize..Ms Goh kata budak2 cina seniri ramai yang masih confuse dengan stroke tu (mama??? lagi tak tau..hihi)
5..Tapi...what happen with your English? Aiyyaaa..

Aura..
1..masih cakap banyak seperti dulu
2..sudah mula pandai jaga adik..mama dah boleh harap untuk aura tidokan wazien...walaupun kadang2 fail..anyway mmg good help
3..boleh harap jugak untuk tolong mama mengemas rumah...err..zikri pun..bila setiap kali mama mintak tolong mesti akan nyanyi lagi wonderpets..good..good..very good
4..dah boleh membaca dengan lancar..bahasa melayu mahupun bahasa inggeris..tapi malas nak cakap in English
5..Your abacus teacher told me you have good logical thinking walaupun aura sangat kuat main..

hmmm..dah lama tak update..banyak sangat cerita tertinggal sampai tak tau nak cerita apa dah pasal kamu..nnti2lah pulak..:)

Wednesday, March 10, 2010

Happy Birthday Izz Wazien!!

Semalam Izz Wazien dah genap setahun masihi...13 R/awal lepas cukup 1 tahun hijrah (sebab wazien lahir just 30 minutes after maulidurrasul..jadi mama senang ingatla kan).
Fakta tentang wazien pada usia 1 tahun...

1. Masih belum tumbuh gigi..tapi nampak macam nak tumbuh satu gigi kat bawah
2. Rambut masih kurang...abang zikri suka panggil wazien botak..ishhh nakal sungguh!
3. Dah 3 bulan pandai jalan
4. Makan banyak..terutama mashed potato KFC..satu bekas besar tu wazien mampu habiskan
5. Suka main kejar2 ngan mama...Wazien yang kejar mama..penat mama nak nyorok..huhu
6. Masih rendah lagi...baju umur 6 bulan pun muat lagi
7. Masih belum boleh panggil mama..tapi pandai pulak sebut mamam...cis..dasar kuat makan!!
8. Barang apa tak suka main baling aje..melampau sungguh!
9. Suka sangat main ngan pencils..makan2 pencils tu bukan boleh pandai pun nak oii
10. Still bf lagi..Alhamdulillah..we go next stage pulak..walaupun as told in previous post last stage sangat mencabar, tapi mama dapat lalui dengan mudah. So...next stage pulak..up to 8 months lagi (BM abang zikri pulak)

Monday, March 8, 2010

ah sebulan pun..baru nak bercerita. kenapa nak bercerita juga walau dah basi?..hmmm sebab ada yang perlu mama bagitau la..

1st February 2010..for the second time mama have to leave you guys. Leaving for two assignments in Langkawi..MBBBR and Lada Eco Tourism. As last year, mama went for 8 days. 4th year with MBBBR and second year with LET. Mama worked with other 4 assistant in MBBBR and 1 at LET (last year 3).

Although mama has lead this job for 4 years, this year baru mama dapat utilised the time to the fullest without reducing working time. Kalau dulu mama balik kerja berehat, tapi kali ni mama penuhkan masa sebaik mungkin.

Pengalaman pertama mengharungi perjalanan dengan feri selama hampir 3 jam..where we supposed arrived in 45 minutes. Petang hari pertama, mama dan colleagues naik cable car. Dah agak terlewat, tak boleh nak experienced meniti jambatan kat gunung mat cincang tu. Petang hari kedua cuma makan dan bersiar2 di Pantai Kok. Tak jauh dari Oriental Village.

Petang di hari ketiga..Rabu..we all jalan2 di Pantai Chenang. Tujuan asal cuma nak menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT semasa matahari jatuh. tiba2 mama ternampak sesuatu yang sungguh mengujakan....Parasailing!!..nampak gayat jer..tapi mama letakkan keyakinan dan kata2 semangat yang tak pernah luput dari ingatan mama..Ajal maut hanya di tangan Allah..kunfayakun..Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Melihat keagungan Allah yang masih tak seberapa itu tetap besar dan luas pada pandangan mata hambaNya yang kerdil.

Petang keempat..cuma ke Padang Matsirat..jalan2 temankan kawan mama shopping. Mama? tahun ni mama bertekad nak kurangkan shopping. So..mama tak beli apa2 pun.

Hari kelima..jumaat..mama dan kawan mama sempat masuk culinary kitchen..belajar buat croissant dengan chef murugan. (tapi sekarang mama tak cuba2 lagi..hhuuhu) seronok jugak. Siap tukar uniform lagi.dari last year mama aim nak masuk culinary kitchen tu. tapi tak sempat. Akhirnya berjaya juga..heheh. Petang tu, wazien, aura and babah sampai. As mama's request. Tak bleh nak tinggal wazien lama2. Stok EBM yang mama tinggalkan tak cukup. kebetulan pulak babah takde kelas. Wish zikri ada sekali ttp babah tak berdaya nak bawak semua sekali naik feri. Petang tu lepas fetch anak2 mama n babah, pergi pantai chenang lagi. Ingatkan nak bawak anak2 mama mandi laut..tapi panas sangat. jadi cancel la. Masa nak balik ke hotel, minyak kete pulak habis. Nasib baik ada pakcik sudi menolong. Kebetulan pakcik tu ada simpan petrol kat umah dia. Bolehla guna untuk ke PP isi minyak then ganti semula petrol pakcik tu.

Pagi sabtu, sebelum masuk keje, kami ke Pantai Kok. Bagi aura dan wazien mandi pantai sekejap. Try pelampung baru yang mama beli dekat OV tu. Tempat tu tak berapa sesuai untuk mandi..banyak rumpai laut..tapi cuma di situ jer yang sempat kan..hentam je la.

Ahad..seperti biasa jer..takde yang menarik ..kerja saja..Isnin petang balik Alor Star. Sebelum naik bot kul 5.30 tu, sempat pergi beli coklat sikit..shopping jugak ckit..tapi beli coklat jer untuk kak ngah nak bertunang, utk mak njang dan ckit stok kat umah..beli coklat pun habis lebih seratus rm..hmmm tapi still kurang lagi habit shopping tu..ngeh..ngeh..ngeh

Sampai kuala perlis, terus ke jitra umah pak long amik zikri..kesian zikri..demam rindu. tu la pasal..tak mau ikut lagi. hasilnya..seminggu zikri tak ke sekolah..cian anak mama nih

Sunday, March 7, 2010

'Aku tau sangat wan j...dalam 100 audit report tu nak jumpa satu yang betul pun susah. Mana ada orang nak bayar cukai banyak2"
kata-kata seorang kawan mama yang begitu menyentap hati. Mama diam aje mendengar dia berkata begitu. Tak kuasa mama membalas. Ada juga betul kata kawan mama tu. Susah nak jumpa yang baik hati bayar cukai kepada kerajaan. Yang paling mengecewakan lagi orang yang suka berdolak dalik untuk bayar cukai kepada kerajaan juga adalah penyokong kuat kerajaan. Ramai client mama sebegitu. Masa nak dapat kontrak dari kerajaan begitu menyanjung tinggi (kontraktor pengikut kerajaanla yg senang dapat projek pun)..bila nak bayar cukai lupa pulak kontrak yang diorang dapat tu asalnya daripada cukai yang orang ramai bayar jugak. Suka hati diorang la..

Apa yang mama nak catatkan disini ...tersentap jugak kalau orang tuduh mama mengubah laporan untuk mengurangkan cukai client. Kalau mama ubah pun mama pastikan ianya tidak menyalahi undang2. Pernah dulu dalam tahun 2007, mama sampai tidak bertegur dengan tax manager semata-mata tak mau mengubah audit report seperti yang dikehendaki. Tapi dia nak ubah juga..jadi mama serahkan pada dia saja. Seingat mama hampir setahun mama tak bertegur dengan TM tu..lagipun tak ada kepentingan untuk mama beramah mesra dengan dia pun. Apa yang mengejutkan tahun lepas, sykt tu disiasat IRB...and hasilnya...sykt tu terpaksa membayar cukai lebih setengah juta rm..fuhhh..setengah juta bukannya sedikit untuk kontraktor kat alor star nih. Lainla sykt2 besar nun..sejuta tu celah gigi jer.

Bukan satu tu jer client yang terkena..ada lagi..tapi yang lain tu takla teruk sangat. Alhamdulillah sejak kes demi kes terkena, bos pun lebih bertegas sekarang. Jadi mama pun rasa lebih selesa dengan keadaan sekarang. at least mama tak rasa bersalah dengan rezeki yang mama dapat.

Saturday, March 6, 2010

Kenangan Terindah..SERATAS

27/02 lepas mama dan auntie yanti telah pergi melawat SERATAS..ada sports day kat sana ritu. Asalnya mama cuma berjanji bertiga dengan auntie tini lagi sorang. Mama bawak zikri while auntie tini bring along her aiman.
Bertolak dari rumah opah dekat kul 10 pagi and fetched up auntie yanti kat umah dia di Taman Talang..ooo dekat je umah auntie yanti ..ishh malas la nak taip pjg2..auntie yanti - AY..auntie Tini - AT..ok..
Sampai SERATAS pukul 11 pagi..singgah R&R Bkt Gantang dulu..kesian AY tak sempat nak breakfast. AT sampai dulu dari kami. kesian AT n Aiman..jenuh tunggu kat luar sekolah tu. Sampai kat SERATAS acara sukan untuk student hampir nak tamat. tinggal 2 3 acara je lagi. sambil tu mama and aunties beramah mesra dengan cikgu2 kami dulu. sempat jumpa cikgu zuraidah and hubby ..cikgu nora, cikgu midah, mr wong, miss lee choi fun..yang lain tu x sempat pun jumpa. rindu pulak kat cikgu pariza, cikgu asmah, mr yeoh, mr chuah, cikgu rahsib..
Tak lama lepas tu datangla sorang2 uncle..pok chad, pesot, tut , kulat and yus. kami semua makan2 sambil bersembang di kantin sekolah. Lama jugakla kami bersembang. kononnya nak pergi burmese pool dengan AY terus tak jadi. lepas solat zuhur n asar di surau SERATAS, kami pergi Kuala Sepetang pulak makan mee udang. Kat sana jumpa pulak uncle mat bu. Lepas makan, kami berpatah semula ke SERATAS. Tengok football match old boys ngan student kejap, netball kejap..sempat jugak jumpa kak linda senior dorm mama dulu and super senior kak zaidad..anak arwah kawan arwah atuk dulu..jiran le jugak walaupun mama tak kenal.
Petang tu sblm balik AY ajak ke homestay kawan2 mak teh duduk..sembang2 jap..lepas maghrib baru bertolak balik umah opah. Ingat nak balik sebelum maghrib..jadi lewatla pulak. Nak wat camner..AY cheewee ngan DSLR baru dia tu..layan je la..bukan selalu pun kan..hihi. Nasib baik sempat balik dulu sebelum opah sampai.
Seronok sungguh rasanya dapat jumpa kawan2 lama. Tapi lagi seronok kalau ada mak teh, wancu dan....Miss them so much.

Tuesday, January 26, 2010

Only 7.4..ermmm alahai..

This week rasanya minggu tak sihat sekeluarga. starting from last week zikri dan wazien demam. as usual zikri selalu teruk kalu demam. Kesian sangat2 tengok zikri. 3 hari zikri tak lalu nak makan. seminggu jugak zikri didn't go to school. Ms Goh called babah. She worried about you. Sekarang ni pun still tak berapa sihat lagi. however zikri has continued his school (even doctor still not allowed u to school). Alhamdulillah tahap kesihatan semakin baik walaupun masih tak fully ok.

Wazien dah nak masuk 11 bulan pun tinggal beberapa hari lagi. tapi 6th month imunitation still tak ambil lagi. Doktor pesan ambil untuk umur setahun je nanti but jgn tinggal setahun setengah punya imunisasi. Insyaallah ..kalau mama tak kaput.huhuhu
Masa bawa wazien dan zikri ke klinik last time, sempat juga timbang wazien. huh..baru 7.4 kg sajer anak mama nih. however still above yellow line lagi. Mama tak risau pun tentang berat wazien sebab mama tau bf baby memang la tak berat. tak macam babies yang amik fm. Yang penting anak mama cergas!!

Back about zikri's school..Aiyakk..seems like starting new school pulak. tiap2 hari nangis. last 2 weeks zikri cuma nangis for 2 days jer..it's oklah..janji after mama leave for work zikri dah ok and still wishing for school tommorow. means u like school very much kan..:)

Thursday, January 21, 2010

Are your children reliant on you to help solve their problems? Share

Parenting Solutions to Raise Self-Reliant Kids

Of course we don’t want our kids to fail and of course we always want them to be successful, but always doing, picking up, or mending fences for our kids sure won’t help them learn to bounce back and survive on their own. Look down the road at the big picture. If you keep on with any hovering behavior now, how will your kids turn out later? Every once in a while, fast forward your parenting and think ahead. It just may help you alter you current response with your kids.

One more hint: researchers are seeing this phenomenon of “parental hovering” as more than just a trend—it’s here to stay. I see a huge red flag in the behavior: keep the hovering and you rob the child of an essential trait for L.I.F.E. called self-reliance! Watch out—you may not be aware that you’re guilty of that behavior. The key is to keep in mind it’s never really one event that influences our children (the one lecture, the one family vacation, even the one mommy meltdown) but the consistent way we respond to our kids day after day after day. So if you’re always rescuing, stepping in, helping out, advising, suggesting or doing, think how those responses impact your child.

Here are a few parenting practices from my latest book The Big Book of Parenting Solutions that you may want to adopt in your day-to-day family life to help your kids become more resourceful and self-reliant.

1. Identify what your child can do alone and then back off. What tasks might your child be capable of doing instead of relying on you? Maybe it’s time for him to learn to make his own lunch, do laundry, make his bed, call to make his dentist’s appointments, Of course, this will depend on your child’s age, maturation, and current capabilities. The goal here isn’t to overwhelm him by piling on new your expectations, but gradually introduce one new task at a time.

2. Stop rescuing. Have you found yourself rescuing your kids a lot lately? “My son is so tired, I’ll do his homework tonight.” “My daughter is too busy, I’ll do her chores this time.” It’s an easy habit to get into, but if you want to raise a resilient kid, these are major mother “no-nos.” Start by setting this rule: “We have a new policy: No more excuses. You need to take responsibility.”

3. Boost organizational skills so your child won’t use you as his palm pilot. Is your child misplacing library books? Can’t find his sports gear? Losing teacher notes? Chances are your child’s lack of organization is a big reason why you end up rescuing her. So when there’s another trauma, ask instead: “What can you do to solve it?” For instance, if your child forgets to return his library book every Wednesday, he might hang a calendar to his due date as well as music lessons, field trips, sharing days, tests. Even little ones can draw “picture” reminders. Learning organizing is a skill your child will need for managing his own life so he relies less and less on you as time goes by.

4. Teach Brainstorming So Your Child Can Solve Problems Without you. The next time your child has a problem, don’t be so quick to offer a solution. Instead, teach him how to brainstorm options. First, say to your child: “Tell me what’s bothering you.” (You might need to help him find the words: “I can’t think of anything to bring for sharing.”) Express your faith that he can work things out: “I know you’ll come up with a solution for your sharing.” Then encourage him to brainstorm ideas. “Don’t worry how silly your idea sounds. Just say it, because it may help your think of things to share.” You might even call it “The Solution Game;” just remind your child to use it whenever he encounters a problem. With enough practice, your child will be able to use brainstorming to solve many troubling issues that creep up during the day without your help.

5. Teach How To Negotiate. Do your children constantly expect you to be the negotiator and solve their battles? Wrong move if you want your kids to be able to solve their own battles. Your new tactic: Teach your kids how to negotiate so when the next war breaks out you can tell your darling cherubs to work it out on their own. Here’s how. First, explain the new skill: “You need to learn to negotiate. That’s when you agree to work out a deal so you’re both are happy.” Next, teach your kids a few old but good ‘deal breakers’ such as “rock, paper, scissors”, drawing straws, flipping a coin, or the rule: “Who went first last time, goes last this time.” Oven timers are also great for reducing squabbles. Just show your kids how to set it, and it can be a great sanity saver. “I’m setting the timer for five minutes, but when it goes off it’s my turn to play.” And finally: Don’t forget to set clear ‘negotiation behavior’: “You must take turns listening to each other without interrupting, and no put-downs. Only calm voices are allowed.” Then start practicing using the skill as a family. Not only will it help your child learn a skill I guarantee he’ll need in every arena of life, but you may also discover greater peace on the home front.

6. Talk About Their Future Regularly. Encourage your kids to think beyond the here and now: going away to camp, changing schools, college, living in an apartment, career choices. Discussing your children’s lives in the future can be part of your dinner table conversations. Sure they can change their minds (and majors), but the goal is to help your child think towards the future and realize someday he really won’t be living with you.

This article is excerpted from Michele Borba’s book, The Big Book of Parenting Solutions: 101 Answers to Your Everyday Challenges and Wildest Worries

Create the right environment for your children

If a child lives with criticism,
She learns to condemn.
If a child lives with hostility,
He learns to fight.
If a child lives with ridicule,
She learns to be shy.
If a child lives with shame,
He learns to feel guilty.
If a child lives with tolerance,
She learns to be patient.
If a child lives with encouragement,
He learns confidence.
If a child lives with praise,
She learns to appreciate.
If a child lives with fairness,
He learns justice.
If a child lives with security,
She learns to have faith.
If a child lives with approval,
He learns to like himself.
If a child lives with acceptance and friendship,
She learns to find love in the world.

Tuesday, January 19, 2010

Nama ALLAH - mengapa jadi rebutan

Sekarang ni orang dok kecoh dengan isu penggunaan nama Allah oleh penganut2 kristian. Isu yang sepatutnya bagi mama taklah besar mana sangat pun tetapi dah diberatkan oleh segelintir manusia (orang islamkah itu?) yang membuat onar terhadap gereja2 di serata negara. Tiba2 pulak mama rasa bimbang dengan keadaan semasa nih. Mana taknyer..mama sekolahkan zikri di superkids..sekolah yang menggunakan bahasa pengantar mandarin dan bahasa inggeris sebagai pembelajaran di sekolah yang dipelopori oleh kaum2 cina beragama kristian! Risau jugak kalau terjadi apa2 yang tidak diingini di sekolah tu.

kenapa mama hantar zikri di superkids sedangkan aura mama hantar belajar di An Najaah?..nanti akan mama ulaskan dlm next post..anak2 mama wajib tau nih..bukan saja2 mama letak kamu berdua di sekolah yang berasingan..

Tentang isu penggunaan nama Allah...pendapat peribadi mama kuat mengatakan..apa salahnyer diorang nak guna nama tuhan diorang Allah? Dalam surah Al-Ikhlas ayat kedua bermaksud "Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat"..ayat ini dah terang bahawa Allah itu satu untuk seluruh makhluk termasuk penganut-penganut agama lain. Jadi tak perlulah bergaduh2 hanya kerana sememangnya kita berkongsi tuhan (ya...kita jelas Allah itu satu - tak macam agama lain yang ada byk tuhan).

Apa yang menjadi isu utk larangan ini sebenarnya takut akan mengelirukan orang islam. mmmm..keliru? apa yang nak dikelirukan..baru2 ni mama ada terima email..kat gereja ada tulis besar2..Allah itu kasih..Anak2 ku..jgn keliru..sebab Allah kita Maha Pengasih

Cuma pendapat peribadi..

dah lama tulis tapi...

Tuesday, January 12, 2010

Schooling

Minggu ni dah masuk minggu kedua persekolahan tahun 2010..tahun ni aura dah tahun ke 3 sekolah tadika..tahun2 lepas mama memang tak berapa amik kisah tentang pelajaran aura. mama biar je. let you enjoy yourself. mama tak letakkan sasaran apa2 tentang sekolah aura sebab mama tau this is your play time lagi. let you develop while playing. mama tak mau paksa2. however mama still kagum ngan aura..walaupun aura banyak main tapi aura tetap perform kat sekolah. mid yr exam last year aura dpt no 2 dlm kelas. komen cikgu tentang aura pun sangat positif.. kalau aura lama tak datang sekolah cikgu mesti rindu. Baru2 ni mama sempat bertembung dengan cikgu aura masa 4 tahun dulu.. cikgu yani - aura selalu panggil ibu yani. cikgu yani nampak sangat rindukan aura (ye lah..sekolah aura dah pndah ke bangunan sekolah rendah..lama tak jumpa kot) cikgu yani jumpa aura terus peluk aura..begitu sekali sayangnya cikgu yani pada aura..syukur alhamdulillah..

hari ni pulak..zikri dah 3 hari ke sekolah..first day babah kene tunggu sampai habis kelas..zikri sungguh seronok..hari kedua..mama hantar zikri sampai kelas, then mama tinggal jer. zikri menangis ..satu hall dengar...hahaha . hari ketiga nih mama hantar kejap jer, then mama tinggal lagi..zikri izinkan mama pergi kerja. happy sungguh mama..masa ambil balik pun zikri nampak ceria. sabar tunggu mama ambil zikri.
tadi..zikri pesan pada mama..'esok mama pergi kerja, tinggal zikri di sekolah tau!'...hehe..teruja sungguh mama..such a good boy!!

belajar rajin2 yer sayang2 mama...

Sunday, January 3, 2010

Breastfeeding

malam ni mama terbaca kisah kawan mama yg tgh bersedih sbb tak dpt support utk bf..kesian..mmg sgt kesian. mama juga turut tersentuh hati membaca kisah dia.
sungguh..nak bf anak mama ni memang menuntut pengorbanan yang sangat besar. bukan masalah duit...yang paling penting mengawal emosi.

mama pernah ditegur..walaupun mama tengah bermasalah mama tetap nampak ceria..betul tu. tapi siapa tahu sementara mama nak perbetulkan emosi mama yang tengah bermasalah tu dalam hati mama menjerit menangis. Mama usaha sebaik mungkin untuk sentiasa nampak ceria. bersembang dengan kawan2, cuba alihkan tumpuan untuk fokus pada kerja ataupun bila mama dah mati kutu mama bukak laman sosial fesbuk. dan yang paling penting minum air banyak2. Kadang- kadang mama sendiri tak tau berapa liter air mama minum. Alhamdulillah ..resah hati mama akan berkurangan.

Mama tak letakkan sasaran terus 2 tahun untuk bf wazien...semuanya mama serah kepada Allah kerana rezeki ini datang dariNya. Tapi mama tetap akan terus berusaha sedaya mampu mama. Alhamdulillah stage pertama penyusuan yang mama target untuk bf selama 7 bulan (mama guna benchmark aura) tercapai tanpa sebarang makanan tambahan kecuali air kurma. Sasaran kedua mama sampai umur setahun pulak..sekarang ni wazien dah nak masuk 10 bulan.

stage kedua ni lebih mencabar dari stage pertama. Dalam stage ni mama dah mula meninggalkan wazien. wazien pun dah mula makan solid food. jadi milkflow mama dah semakin berkurangan. dlm stage ni mama mula rasa stress pasal susu tambah lagi kalau stress pasal hal2 lain, lagilah susu semakin kurang. pernah juga bila terlalu tension mama balik dengan tangan kosong..masa tu memang sangat2 sedih. sedih tak berusaha untuk rezeki wazien. tapi mama tak saat2 begitu mama takboleh memaksa diri. kalau tidak..mama akan jadi semakin stress!!

Dalam stage kedua ni jugak mama dah tertewas..mama terpaksa bagi fm sikit sebagai tambahan. setakat ni satu tin kecik susu mama dah buka..mama harap itulah yang pertama dan terakhir sampai habis target mama nih dan sampai bila2 kalau boleh. Actually mama tak ambik pot pun apa jadi pada setin susu tu.

Aisehhh..tak lama lagi mama kene tinggalkan wazien lagi. kali ni seminggu pulak..mama dah mula risau. stok ebm tak cukup lagi nih. nampaknyer mama kene lebihkan usaha. Mama harap Allah akan permudahkan rezeki kita...ameenn..